translate

Monday, 6 June 2016

Tart Nanas

250gm mentega
400gm tepung gandum
40gm tepung kastad
50gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Kacau mentega dengan gula ising hingga sebati.  Masukkan kuning telur dan esen vanila.  Kacau lagi.
Ayak tepung gandum dan kastad dan masukkan ke dalam bahan tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam penerap tart gulung dan tekan memanjang.
Letakkan inti nanas(bulatkan dengan ukuran yang sesuai)
Gulungkan dan letak atas loyang yang telah disapu dengan mentega/margerin
Sapu bahagian atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur pewarna kuning.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 180C selama 25 - 30 minit.

Inti nanas
Sebiji nanas(kupas dan blender)
Gula bergantung pada saiz nanas
Beberapa kuntum bunga cengkih
sedikit garam

Masak dan kacau sehingga kering dan berkilat.

Biskut Coco Crunch

Sumber resepi..Blog CitaRasa Wan

Bahannya
250gm mentega
180gm gula perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4st baking powder
1/4st soda bicabornat
100gm coco crunch (yang telah dikisar hancur)
Coco crunch(untuk hiasan atasnya)
Untuk resepi kakyah ini bahan 50gm coklat chip kakyah tak masukkan.

Caranya
kacau mentega dengan gula perang sehingga sebati.
Masukkan telur.  Kacau seketika.
Ayak tepung gandum bersama tepung jagung baking powder dan soda bicarbonat..
Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan mentega tadi.  Uli sampai lembut.
Sapu loyang dengan sedikit mentega.
Bulatkan adunan sebesar guli dan tekan coco crunch di atasnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit atau biskut masak.

Untuk topping coklat di atasnya
Ketulan coklat putih(dicairkan dengan teknik double boil)
Paipkan atas biskut yang telah sejuk.

Saturday, 4 June 2016

Kerabu Mangga

Bahannya
2 biji mangga muda(kalau jenis pauh lemak tu sebiji pun dah cukup)
2 ekor ikan rebus(dibuang tulang2nya)
Seulas bawang merah besar(mayang dan diramas2)
Cili padi(potong bulat nipis)
Gula dan garam(jika perlu)

Mangga disagat memanjang.
Isi ikan dihancurkan dengan tangan sahaja.
Masukkan semua bahan dan pastikan semuakan mesra.
Tips..gula masukkan dahulu ke dalam mangga yang disagat sebelum lain2 bahan.

Thursday, 2 June 2016

Laksam

Bahan untuk laksam
2 cawan tepung beras(kakyah guna jenama Golden Coin)
3 1/2 cawan air (guna air suam2 kuku)..yang setengah cawan air tu jangan masukkan semua, try kukus sekeping dahulu kalau ok cukuplah 3 cawan air.....tepung beras berlainan jenis mempengaruhi juga sukatan air kita.

Bancuh kedua bahan menjadi adunan yang tidak berketul-ketul.
Kukus dalam pengukus selama 2 atau 3 minit.
Adunan laksam dikukus di atas tudung periuk yang telah disapu dengan sedikit minyak pada kukusan pertama laksam.

Kuah
1/2 kilo ikan selayang 
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia(masukkan sedikit aja sebab dalam kuahnya kita tak nak ada bau halia)
3 cawan santan.
3 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
Ikan yang telah direbus tadi dibuang tulangnya(tulang tu jangan dibuang sebab kita nak ambil air tulangnya)
Bawang merah, putih dan sedikit halia diblender.
Lada hitam diblender bersama bahan-bahan di atas atau boleh juga ditumbuk berasingan.
Isi ikan diblender dengan air, begitu juga tulang ikan tadi boleh diblender berasingan dan diambil airnya.
Campurkan bahan-bahan blender atau tumbuk tadi ke dalam santan dan dimasak.
Campurkan juga asam keping, gula dan garam.  Masak biar sampai mendidih tapi jangan sampai naik minyak.(Kalau nampak kuah pekat sangat bolehlah ditambah dengan air lagi). Kuah laksam mesti ada rasa lada hitam, sedikit manis.

Ulaman
Taugeh
Timun batang
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang


Cara mengukus dan menggulung laksam SINI

Wednesday, 1 June 2016

Ayam Lemon

Bahannya
Ketulan ayam yang dipotong sederhana kecil.
2 ulas bawang putih(tumbuk halus)
Sedikit halia(tumbuk halus)
Sedikit garam
Lada sulah
Putih telur(dari satu biji telur)
Tepung jagung

Bersihkan ayam dan toskan,
Semua bahan digaul semua(kecuali tepung jagung).
Bila semuanya mesra taburkan dengan tepung jagung dan pastikan ayam bersalut tepung.
Goreng api sederhana sehingga kekuningan.

Sos
Beberapa hirisan lemon
Air secukupnya
1/2 kiub pati ayam
Bancuhan tepung jagung
Pewarna kuning
Gula dan sedikit garam(jika perlu)
Cili padi(potong kecil)

Panaskan kuali.
Perah lemon dalam air (sisa hirisan masukkan bersama)
Masukkan juga kiub ayam dan cili padi.
Bila sudah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam jika perlu.
Pastikan sos rasa masam dan manis.
Hidang ayam tadi dengan dituang dengan sos lemon .

Monday, 30 May 2016

Homemade Ikan Sardin

Bahannya
Sekilo ikan sardin(dibuang perut, kepala dan ekor dan dibersihkan)
Sekeping asam jawa
Sehiris halia
Sedikit garam dan air secukupnya.

Rebus ikan dan bahan-bahan tadi di dalam periuk tekanan selama 1 jam.

Bahan kuah
10 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
Gula dan sedikit garam(jika perlu)
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Bila pecah minyak masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, sos tomato,kicap cair dan kiub ayam.  Biar naik bau seketika.
Sebelum diangkat masukkan gula dan garam(jika perlu)

Tuang bahan kuah ke dalam ikan rebus(biarkan bersama air rebusannya sekali).(kakyah keluarkan dahulu asam keping tadi)
Biar mendidih sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Sedia untuk dimakan dengan apa sahaja.
p/s..tulang temulang ikan sardin sudah jadi rapuh disebabkan kita rebus dalam periuk tekanan.

Sunday, 29 May 2016

Mee Kuah

Sebungkus mee kuning
10 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cairBeberapa ekor udang
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji telur
Sawi
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

Rendam sekejap mee dalam air panas dan toskan.
Bawang merah, putih dan udang kering diblender dengan sedikit air.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bahan blender sehingga naik bau dan wangi.
Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(secukupnya).  Biar sampai mendidih.  Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur.  Masukkan gula dan garam, sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan akhir sekali masukkan mee kuning.  Biarkan seminit dan matikan api.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.