translate

Tuesday, 27 February 2018

Pulut Pagi

Bahannya
2 cawan beras pulut
Air melepasi  sedikit paras pulut tersebut
Sehelai daun pandan
3 keping gula melaka(dipotong kecil2)
Kelapa parut putih
Caranya
Tanak beras pulut dengan air dan masukkan juga daun pandan.
Apabila pulut mula masak masukkan gula melaka dan digaul supaya bercampur.
Biarkan dalam keadaan keep warm seketika atau sehingga gula melaka mencair.
Digandingkan dengan kelapa parut putih dan kacang merah.

Kacang merah
Secawan kacang merah direndam hampir semalaman
Secawan santan pekat
Gula melaka(ikut kemanisan masing2)
Secubit garam
Daun pandan
Masak kacang merah bersama air hingga empuk.
Masak sehingga air hampir kering.
Masukkan santan, gula melaka dan daun pandan serta secubit garam.
Biar mendidih dan hampir kering.
Kacau supaya tidak berkerak.

Monday, 26 February 2018

Seri Muka

 Lapisan bawah
Bahannya
500gm beras pulut(rendam dengan air sekurang-kurangnya 2 jam)
600ml santan cair
Secubit garam
Caranya
Beras pulut ditoskan dan dicampur dengan semua bahan di atas dan dikukus dalam loyang 10X10in yang telah disapu sedikit minyak dan dialas dengan plastik selama 30 minit.
Apabila masak tekan sedikit dan ratakan pada keseluruhan loyang tersebut.

Lapisan atas
Bahannya
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 cawan gula pasir
3 biji telur
5 helai daun pandan
250ml santan pekat
500ml air
Secubit garam
Caranya
Blender daun pandan bersama air hingga hancur kemudian tapiskan.
Adun air daun pandan bersama semua bahan di atas dan kacau sehingga gula hancur kemudian tapiskan.
Panaskan di atas api sehingga naik wap.
Tuang ke dalam pulut yang telah masak tadi
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Monday, 30 January 2017

Nasi Goreng Lada Hitam

Bahannya
4 cawan nasi dingin
3 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 biji cili padi(kesesuaian kepedasan)
1 sudu besar lada hitam
2 ekor ikan rebus yang telah digoreng(perisikan)
Udang segar
Isi daging ayam
Sebiji telur
3 batang kacang panjang(potong spt ulam nasi kerabu)
Kobis(potong kecil memanjang)
Carrot(sagat)
Cili merah(potong nipis)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumbuk lada hitam, bawang merah, putih dan cili api.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.  Biar naik wangi.
Pecahkan telur dan bila sedikit masak barulah dikacau.
Masukkan udang dan isi ayam.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis.
Masukkan juga gula dan sedikit garam.
Masukkan segala sayuran tadi dan juga nasi dingin.
Kacau sehingga mesra dan bolehlah dihidangkan.(kakyah suka kacau nasi sedikit lama biar butiran nasi betul2 meresap bahan yang ditumis itu)

Monday, 23 January 2017

Soto

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan pada pemilik resepi Linawati latif
Ada sedikit penambahan bahan dari kakyah.
Bahan2nya
4 keping dada ayam
6 ulas bawang putih(mayang)
10 ulas bawang merah(mayang)
1 inci lengkuas(hiris nipis)
1/2 inci halia( hiris nipis)
3 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 biji buah keras
2 batang serai( potong kecil)
1/2 inci kunyit
4 biji cili api
1 sudu besar lada hitam
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar bawang goreng
1 kiub pati ayam
2 sudu besar rempah sup
Gula dan garam
Sedikit air asam jawa

Cara2nya. Panaskan dalam setengah cawan minyak masak.
Masukkan bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai, kunyit dan cili api.
Goreng sehingga layu dan berbau wangi.
Bahan-bahan tadi bersama dengan minyaknya sekali dikisar hingga halus.
Rempah ketumbar, jintan manis dan putih, lada hitam dan buah keras digoreng tanpa minyak.blender hingga halus.
Bahan2 yg dikisar bersama minyak tadi dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan semula.kacau seketika hingga keluar minyaknya.
Masukkan bahan rempah tadi.
Masukkan juga kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang.
Bila semuanya mesra masukkan serbuk rempah sup. Kacau seketika
Masukkan air secukupnya.
Masukkan ayam dan letak juga kiub ayam.
Letakkan sedikit air asam.jawa dan bahan perasa( gula dan garam)
Rebus kesemua bahan sehingga betul-betul mendidih dan biar mendidih dlm masa yg agak lama.
Masukkan bawang goreng dan beberapa tangkai daun sup.
Bila sudah masak tutup api dan keluarkan bahagian dada ayam tadi.
Carik-carikkan isinya(halus-halus) dan digoreng tanpa minyak .(masukkan sedikit serbuk lada sulah)

Nasi impit(dipotong kecil)

Kicap pedas
2 biji bawang merah
Seulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
4 sudu besar gula
4 biji cili padi
2 biji limau nipis diambil jusnya
2 sudu besar bawang goreng
Air sup soto

Blender semua bahan tersebut.(lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk dan dimakan dengan laksa penang, sebagai pencecah ikan bakar dan sebagainya)

Pengedil kentang
4 biji ubi kentang (rebus dengan secubit garam dan setelah empuk lenyekkan)
Selabu bawang besar(dadu kecil)
2 ulas bawang putih(hancurkan)
Setangkai daun sup(haluskan)
Beberapa keping biskut krim crecker(haluskan)
Sebiji telur
Lada sulah
Bahan perasa
1/2 keping isi dada ayam( kisar)
Semua bahan kecuali telur digaul dan dibentukkan.
Celup dengan telur dan goreng hingga kekuningan.

Soon digoreng ( jangan basuh)
Guna minyak yg sedikit banyak goreng soon hingga kembang..ketepikan.

Taugeh direndam air panas seketika
Cili merah potong nipis
Timun potong kecil dan halus

Kacang tanah digoreng tanpa minyak
Keluarkan kulit nipisnya dan ditumbuk kasar.


Saturday, 21 January 2017

Koleh Ubi Keledek

Bahannya
500 gm ubi  keledek
500 ml santan(santan pekat campur air)
3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam

Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.  Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
Blender santan, gula, tepung beras dan telur biar sebati.  Masukkan ke dalam ubi tadi.
Kacau atas api sederhana sehingga pekat.
Tuang ke dalam bekas yang sesuai.
Sejukkan dalam peti sejuk.

Kari Tulang Lembu

Sekilo tulang lembu(dibersihkan dan ditos)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga(3) dan bunga lawang(2)
3 sudu besar rempah kari daging(Alagapas/babas)
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji cili merah/ hijau
Ubi kentang
3 cawan santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selepas itu masukkan serbuk kari, kacau(tambah sedikit air) dan seterusnya masukkan tulang lembu,
Kacau dan tutup periuk supaya daging tulang empuk.
Apabila empuk boleh masukkan santan dan ubi kentang. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Biar kentang empuk.
Masukkan cili hijau dan biarlah sehingga  naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.

Ikan goreng Cuka

Bahannya
2 ekor ikan bawal (dibersihkan dan diperap dengan seulas bawang putih, sedikit halia dan kunyit dan sedikit garam yang telah ditumbuk kesemuanya)
1 labu bawang besar(potong bulat)
3 ulas bawang putih(mayang)
Sehiris halia(potong kecil memanjang)
Lada benggala atau pun lada merah
Tomato
3 sudu besar cuka
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit air
Gula dan sedikit garam

Caranya
Goreng ikan seperti biasa.  Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan halia biar naik bau.
Masukkan bawang besar dan serbuk kunyit.  Kacau seketika.
Masukkan cuka dan sedikit air.  Tambahkan gula dan sedikit garam(biar ada rasa sedikit manis untuk seimbang dengan masamnya cuka.
Masukkan lada dan tomato.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Biarkan sekejap dan diangkat.
p.s..Kita juga boleh menggunakan 1/2 sudu teh biji sawi dalam tumisan bersama bawang putih dan bahan lain.