A
2 cawan gula
2 cawan air panas
1/2 cawan mertega
B
5 biji telur
1 1/2 sudu teh soda bikabonat
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat
Caranya
Masak gula hingga hangus, berair dan keperangan. Kemudian masukkan air
Kacau sehingga cair dan masukkan mentega. Kacau biar mencair. Sejukkan.
Putar telur hingga kembang kemudian masukkan susu pekat dan putar lagi seketika.
Ayak tepung gandum bersama soda bikabonat..
Masukkan ke dalam adunan telur dan putar hingga sebati.
Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan biar sebati
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Panaskan dan bakar di atas dapur dengan api kecil sehingga adunan naik separuh dari asal.(lapik menggunakan tudung periuk semasa membakarnya di atas dapur)
Apabila adunan naik sekali ganda masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160 - 170C selama setengah jam(sebaiknya guna api bawah sahaja).
P/s..terima kasih pada seorang kawan fb atas kesudian beliau berkongsi cara untuk memastikan kek sarang semut berlubang atau bersarang..hanya allah yang membalasnya..amin..
salam kak yah..
ReplyDeletekek sarang semut ni memang sedap dan ramai penggemarnya..
kak yah..terima kasih atas tipsnya
ReplyDeletenanti saya nak cuba