120gm tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
120gm gula pasir
1 cawan air daun pandan
2 cawan air panas
Sedikit kapur(kak guna 1/4 sudu teh dan bancuh dengan sedikit air dan tapis)
Campurkan semua adunan dan kacau biar rata dan sebati semuanya.
Panaskan pengukus.
Sapu sedikit minyak pada acuan lompang dan panaskan seketika dalam pengukus tersebut.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Sejukkan dan boleh dikeluarkan.
Di makan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam.
kuih lama2 mmg sedap. Teringat lagi masa tadika, cikgu buat kuih lompang ni...balik sekolah cerita suruh mak buat..
ReplyDelete