translate

Friday, 19 July 2013

Taufu Kukus

Bahan-bahannya
Taufu lembut
2 ulas bawang putih(ketuk dan potong cincang)
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Cili padi/cili merah(potong)
2 sudu besar bawang goreng
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
Sedikit garam halus
Lada hitam
Daun sup(potong)
Sedikit bahan perasa(jika perlu)
Air secukupnya

Keluarkan taufu dari bekasnya dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuai.
Taburkan sedikit garam halus di atasnya dan kukus selama 10 minit.
Angkat dan ketepikan.

Tumis dengan sedikit minyak bawang putih.
Masukkan sos tiram, kicap manis, kiub dan lada hitam.
Masukkan air dan bancuhan tepung jagung.
Biar mendidih dan sedikit pekat.

Cara penyediaannya
Tabur cili, bawang goreng dan daun sup di atasnya.
Curahkan sos kita tadi.
Sesuai dimakan bersama nasi ayam.

6 comments:

  1. Hmmm...sihat dan mudah di sediakan

    ReplyDelete
  2. ramai org masak taufu kukus semalam..hihihi

    ReplyDelete
  3. ye ke???..yang sebenarnya kak buat ni dah hampir seminggu buat..partner dengan nasi ayam...bulan-bulan puasa ni terlalu sibuk..tak sempat nak masukkan dalam ni..ini baru berkesempatan...

    ReplyDelete
  4. sy pun ada buat utk buka puasa patner jugak ngan nasi ayam.

    ReplyDelete
  5. kak yah, taufu ni sama dgn tauhu ke

    ReplyDelete
  6. saya nk cuba tapi keliru tauhu dgn taufu, kalau saya, tauhu tu yg dimakan dgn air gula merah , org panggil taufu fah

    ReplyDelete