translate

Thursday, 13 February 2014

Sardin Gulung

Bahannya

Untuk Kulit
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak(panaskan)
1/2 cawan air dari peti sejuk
1/4 sudu teh garam

Campurkan tepung dengan garam.
Lubangkan ditengah dan tuang minyak panas.  Kacau dengan sudu biar serata.
Dengan menggunakan jari-jari kita gaul biar menjadi berbintil-bintil(orang kata menjadi serbuk roti)
Masukkan air sejuk tadi (pada mulanya kita nampak adunan seakan lembek tapi bila lagi menguli ia akan sebati  dan menjadi adunan yang lembut.(bila air sudah meresap ni kakyah masukkan dalam plastik dan melenyek supaya ia menjadi adunan yang lembut dan cantik..sekejap aje sekitar 3 minit)
Keluarkan dari beg plastik dan bulatkan doh.
Ambil sedikit doh sebesar duit 20 sen dan gelekkan menjadi nipis.
Masukkan inti sardin dan gulung dengan kedua tangan kita memegang bahagian tepi kulit tersebut.
Gulung dan pastikan ianya kemas.
Goreng dengan minyak sehinggan kekuningan (guna api sederhana)

Inti Sardin
Setin sardin(saiz sederhana)
Selabu bawang besar(potong dadu)
2 ulas bawang putih(mayang dan potong kecil)
Lada/cili merah(hiris nipis)
1/2 biji nipis nipis(ambil jusnya)
Sedikit gara.
Minyak untuk menumis(sedikit sahaja)

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar.
Bila nampak layu masukkan cili merah dan sardin.
Lenyekkan ikan sardin biar hancur.
Masukkan garam dan jus limau nipis.

5 comments:

  1. Tqvm k.yah..nk wt skrglah...
    Nk tnya klu tpg tu lbh blh buat karipap x

    http://znzabadistore.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kakyah buat karipap pun guna sukatan kulit macam ni juga..

      Delete
  2. Nak 2 roll... sedap nampaknya

    ReplyDelete