Bahannya
500gm tepung gandum
1 peket yis(11 gm)
Sebiji telur
2 sudu besar susu pekat
250gm air suam
2 sudu besar shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan gula pasir halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar water roux
Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan sejukkan sebelum digunakan.
Sapuan
Kuning telur(pukul dahulu)
Bahan tabur
Parutan cheddar
Bijan hitam
Caranya
Masukkan telur(pikul dengan garfu dahulu) ke dalam bekas, masukkan susu pekat dan air(biar sukatan menjadi 250ml). Kacau dan masukkan yis. Biarkan ia kembang seketika.
Dalam bekas lain masukkan tepung, gula, susu tepung , garam, baking powder, bread improver, shortening, dan water roux.
Gaulkan dan buat lubang ditengahnya.
Campuran yis yang sudah berbuih masukkan esen dan tuang ke dalam lubang yang dibentuk tadi.
Tangan kita dari dalam takungan berlubang mula menguli secara memusing dan mula menyentuh tepung-tepung yang ada di tepinya.
Bila semuanya sudah bercampur mulakan menguli dan membentuk doh yang kasar.
Pastikan adunan tidak lembek dan tidak melekat ditangan(kalau lembek masukkan sedikit aje tepung)
Masukkan dalam beg plastik dan mula menekan dan memicitnya.
Lakukan selama 5 minit.
Cara menguli tangan dan teknik mempercepatkan proses pengembangan doh boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/05/donat-mayoniscara-menguli-tangan.html
Apabila doh sudah naik dua kali ganda, tumbuk doh dan bulatkan semula(disebabkan oven masih lagi panas kakyah masukkan doh dan tutup semula dan biarkan ia naik semula(10 minit aje) dan tumbuk semula.
Bulatkan adunan seberat 60gm.
Masukkan dalam loyang/bekas yang telah dialas dengan kertas baking dan biarkan ia mengembang semula(letak dlm oven yang masih terasa suam2 tu(tapi dalam keadaan Off)
Sapu dengan telur(pukul dengan garfu) dan tabur parutan cheddar dan bijan hitam.
Bakar selama 20minit dengan suhu 160C atau sehingga masak.
Separuh masa (kalau tak mahu cheddar hangus/kehitaman) tutup dengan aluminium foil.
Bila masak sejukkan.
Simpan dalam bekas tertutup.
salam kakyah, cantiknya kejadian roti tu...mesti sedappp
ReplyDeleteNampak sedap...
ReplyDeletenak try lepas ni,smlm baru buat Sosej Blossom Bun & Chicken Floss Bun ...
ReplyDeleteklu guna tepung roti boleh tak
ReplyDelete