translate

Friday, 31 October 2014

Cupcake Oren Sunquick

Bahannya
100gm putih telur
50ml air sejuk
170gm gula halus
1 1/2 sudu teh ovellete
2 kuning telur
200gm tepung gandum
3/4 sudu teh double action/.baking powder
1sudu teh esen vanila
170gm margerin(cairkan dengan dipanaskan atas dapur)..kalau nak guna mentega lagi sedap.
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar oren sunquick

Caranya
Ayak tepung gandum dan double action.
Campurkan putih telur, air sejuk, gula halus, ovellete, kuning telur, esen vanila dan tepung dalam satu bekas.
Putar hingga kembang dan putih.
Masukkan maergerin cair  susu pekat.dan sunquick,  Putar sekejap sahaja.
Masukkan kertas cupcake ke dalam petitin dan paipkan/sudukan adunan sebanyak 3/4 daripada ketinggian bekas cupcake tersebut.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170-C selama  25 - 30 minit. (untuk 5 minit pertama guna api bawah dahulu dan keseluruhan bakinya api atas dan bawah)

Thursday, 30 October 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Bahannya
5 biji mangga muda(kakyah guna mangga lemak)..kupas kulitnya dan potong kecil
1 cawan gula pasir
30 biji asam boi
6 biji cili padi(potong kecil)
3 biji limau kasturi(belah nipis)
1/2 sudu teh kapur

Rendam mangga yang telah dipotong dengan air kapur selama 1/2 jam.
Toskan.
Masukkan mangga dalam bekas/balang, masukkan mangga diselang seli dengan gula, asam boi dan cili padi dan limau kasturi.  Tutup.
Simpan dalam peti ais dan boleh dimakan 4 jam selepas itu.



Monday, 27 October 2014

Roti Sarang Lebah

Doh Roti
400gm tepung roti
250ml ais peti
5 ketul kiub ais
3 sudu besar shorterning
2 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
2 sudu teh yis(mauripan)
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh bread improver
Secubit garam

Masukkan tepung, kuning telur, gula, yis, susu pekat, esen vanila, ais dan kiub ais ke dalam mesin pengadun kek.(guna mata mengadun roti)
Onkan dengan kelajuan sederhana.
Apabila bahan sudah bercampur masukkan shorterning dan garam ke dalamnya.
Uli selama 15 minit atau doh menjadi elastik.
Offkan dan tutup doh selama 40 minit - 1 jam.(naik berganda)
Tumbukkan doh dan bulatkan kecil2(30gm setiap satu) ke dalam loyang pembakar.
Biarkan selama 30 minit.
Tabur dengan bunga matahari, badam nipis, bijan hitam dan putih.
Bakar selama 25 minit dengan suhu 170C.
Keluar dari oven sapu dengan margerin di atasnya.

Sos butterscoth
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila

Panaskan mentega.  Biar cair.
Masukkan gula perang.  Kacau biar cair dan berbuih tepinya..
Masukkan susu cair dan esen vanila serta garam.
Kacau hingga pekat.  Angkat dan sejukkan.

Saturday, 25 October 2014

KEK kARAMEL


Sumber Resepi ChaHaya Shiela
A- 3 sudu besar gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek  - goreng gula hingga hangus dan diangkat)..untuk hanguskan gula kyah tak salin resepi dari tuan punya resepi.
3 biji kuning telur

2 biji telur
60gm gula kastor
1 tin susu cair
1 sudu kecil kastad

1 sudu teh esen vanila
Campurkan semua bahan kecuali gula hangus.  Putar kelajuan perlahan sahaja/sekejap.
Biarkan seketika.(buat adunan kek selepas ini)

B - 3 biji kuning telur
140 gm tepung  gandum
1 sudu teh baking powderi
60 gm gula kastor
45 gm minyak jagung

135gm susu cair
1 sudu teh vanilla

Pukul kuning telur, minyak dan susu sampai gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
Ayak tepung dengan baking powder sebanyak 2 kali.
Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan lakukan proses kaup dan balik..

C - 6 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)

70gm gula kastor
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.

Campurkan bahan C ke dalam bahan B.
Gaul dengan teknik tadi.
Bahagikan adunan kepada 3 warna yang berlainan sama banyak.

Tapiskan bahan puding ke dalam loyang gula hangus.(karamel tak perlu dibakar)
Tuang adunan(setiap warna) sebanyak 1/4 daripada setiap adunan tersebut.(tuangnya ditengah loyang, diikuti warna yang lain di atasnya dan warna yang terakhir pun sama)
Untuk pusingan yang kedia pula, sudukan  adunan sebanyak 3 sudu besar bagi setiap adunan berwarna tadi(selang seli warna spt kedudukan warna tadi)
Untuk yang seterusnya sudukan setiap warna sebanyak 2 sudu besar pulak(prosesnya sama)
Untuk seterusnya sudukan 1 sudu besar dan sehingga habis.
Bakar dengan cara steam bake) selama 1 jam atau sehingga masak dengan suhu 170C atau kepanasan oven masing-masing..

Apabila sudah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan kek seketika di dalamnya.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.

Sedap dimakan sejuk.
Untuk kaedah steam bake, gunakan air panas terlebih dahulu.
P/s..kek kyah kurang cantik kerana loyang yang kyah guna agak besar.  Kyah buat untuk makan2 tak kisah lah yeee...

Tuesday, 21 October 2014

Kek Belang Zebra

Bahannya
150gm putih telur
50ml air sejuk
170gm gula halus
1 1/2 sudu teh ovellete
2 kuning telur
200gm tepung gandum
3/4 sudu teh double action
1sudu teh esen vanila
170gm mentega(cairkan)
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna coklat
2 sudu besar oren sunquick

Caranya
Ayak tepung gandum dan double action.
Campurkan putih telur, air sejuk, gula halus, ovellete, kuning telur, esen vanila dan tepung dalam satu bekas.
Putar hingga kembang dan putih.
Masukkan mentega cair dan susu pekat.  Putar lagi.
Ambil 3 senduk daripada adunan tersebut dan campurkan dengan serbuk koko dan pewarna coklat.  Kacau.
Adunan selebihnya masukkan oren sunquick.  Kacau.
Alas loyang  dengan kertas kek.(loyang bulat yang sesuai)
Tuang adunan putih secara berselang seli dengan adunan koko sehingga habis.
(Untuk menjadi zebra..tuang yang putih ditengah loyang sebanyak 1/4 daripada adunan diikuti yang koko 1/4 juga daripada adunan selepas itu yang putih 1/4 lagi diikuti yang koko sebanyak 3 sudu besar, diikuti yang putih 3 sudu besar dan seterusnya berulang semakin sedikit bilangan sudunya..)
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 50 minit.(15 minit pertama guna api bawah dan selebihnya guna api atas dan bawah untuk mengelakkan kek merekah.

Sunday, 19 October 2014

Ikan Bakar Air Asam

Bahannya
Ikan segar(dibuang insang dan perut dan dibersihkan)
Bakar di atas kuali pembakar sehingga masak.

Air Asam
1 labu bawang besar(potong dadu)
1 biji tomato(potong dadu)
5 biji cili padi(potong nipis)
4 biji limau nipis(ambil jusnya)
1 sudu besar sambal belacan(kalau ada)
3 sudu besar jus asam jawa
Gula dan garam secukupnya.

Campurkan semua bahan di atas dan curahkan ke dalam ikan yang telah kita bakar tadi.

Friday, 17 October 2014

Puding Buah Naga

Bahannya
Lapisan warna putih
10gm agar-agar serbuk
100gm gula pasir
400ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
250ml whipping krim
1/2 biji buah naga(potong nipis)

Masak agar-agar bersama susu cair, gula dan esen vanila hingga mendidih.
Padamkan api dan masukkan whipping krim.
Basahkan loyang/mangkuk kaca dan masukkan separuh daripada agar-agar tadi.
Bekukan(separuh beku), susun buah naga di atasnya dan di tepi loyang/bekas.

Lapisan tengah/buah naga
2 biji buah naga(blender dengan 100ml air)
10gm agar-agar serbuk
200ml air
150gm gula pasir

Meringgue
3 biji putih telur(pukul telur hingga bertanduk)

Masak kesemuanya (kecuali meringgue) sehingga mendidih.  Padamkan api.
Masukkan agar-agar buah naga ke dalam mangkuk telur(meringgue) tadi
Kacau  biar sebati.
Tuang ke dalam loyang tadi.  Bekukan.

Masukkan separuh dari agar-agar putih tadi(kalau dah beku, panaskan semula) ke atasnya.
Hias dengan lebihan buah naga yang telah dipotong kecil
(kalau semasa mencairkan semula agar2 tersebut kita lihat ianya bergintil2, tambahkan ia dengan sedikit air...kurang dari 100ml)

Thursday, 16 October 2014

Roti Ayer Soya

Terima kasih kepada Ida Osman atas perkongsian resepi ini..ada sedikit sukatan yang berbeza dari resepi yang asal..bukan apa hanya untuk memudahkan kyah menggunakannya.
Bahannya
Doh
400gm tepung roti
1 biji kuning telur
150gm susu soya
150gm air sejuk
2 sudu teh mauripan(yis)
1/2 sudu teh bread improver
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
Bahan tabur
Bijan hitam dan putih
Margerin

Caranya
Masukkan bahan doh kecuali garam dan shorterning ke dalam mesin pengadun kek.(guna mata untuk menguli roti/doh)
Apabila bergaul rata masukkan shorterning dan garam.
Uli selama 15 minit (doh akan jadi elastik)
Tutupkan mangkuk pengadun dengan plastik/ kain selama 40 minit- 1 jam.(naik sekali ganda)
(untuk mempercepatkan proses kembang..kalau cuaca sejuk..masukkan air panas(bukan mendidih) ke dalam mangkuk lain dan rendam mangkuk yang mengandungi doh tadi)
Apabila doh naik sekali ganda, lumurkan tangan dengan minyak masak dan tumbuk doh yang meninggi tersebut.
Bulatkan adunan(60gm) dan susun di dalam loyang(disapu margerin terlebih dahulu) jangan terlalu rapat antaranya.
Biarkan selama 40 minit dan spray adunan dengan sedikit air dan tabur dengan bijan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160 - 170C selama 25 minit.
Keluarkan dan sapu dengan margerin.

Sunday, 12 October 2014

Roti sarang Lebah

Doh Roti
500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
11/2 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Campur dengan air suam agar menjadi 250ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Telur(pukul dahulu dengan garfu untuk sapuan)

Bahan tabur

Badam nipis
Biji bunga matahari
Bijan hitam dan putih

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Biarkan selama 1/2 jam atau naik sekali ganda.
Tumbuk adunan yang mengembang tadi. .
Buat bulatan kecil dan susun dalam loyang yang telah di atas dengan kertas kek.
Biarkan mengembang sekali ganda.
Sapu dengan telur kuning dan tabur hirisan badam dan biji labu, bijan putih dan hitam.
Bakar selama 25 - 30 minit dengan suhu 170C.
Bila masak keluarkan dan tuang sos ke atasnya.

Sos atas roti..Butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila

Panaskan mentega.  Biar cair.
Masukkan gula perang.  Kacau biar cair dan berbuih tepinya..
Masukkan susu cair dan esen vanila serta garam.
Kacau hingga pekat.  Angkat dan sejukkan.

nasi Goreng Pattaya

Bahannya
4 mangkuk nasi dingin
5 ulas bawang putih
3 biji cili api
2 sudu besar sayur campur
1/2 batang carrot (potong panjang kecil)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Daun sup
lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
5 biji telur(bersihkan dahulu kulitnya dengan air)
Beberapa ekor udang yang telah dibuang kulitnya
Isi ayam(potong kecil)
Gula dan garam
Lada hitam

Ketuk bawang putih dan cili api dipotong kecil
Panaskan minyak dan tumislah bahan di atas tadi.
Apabila bawang sudah kekuningan, angkat/ketepikan sedikit bahan goreng tadi dan masukkan sebiji telur dan kacau.
Apabila telur agak masak, gaulkan kesemua bahan dan kuali tadi, biar bercampur dan kemudian masukkan udang dan ayam serta lada sulah.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, sos cili sos tomato, gula dan garam.
Masukkan nasi dan gaul biar sebati.
Masukkan bawang goreng dan daun sup.
Rasalah kesedapan ikut cita rasa masing-masing dan tambah apa yang perlu(kalau dah masuk nasi gula tidak lagi boleh dimasukkan cuma masukkan ajinomoto atau lada sulah)
Angkat dan ketepikan.
Untuk membungkus nasi dengan telur
Pecahkan sebiji telur dan kacau dengan garfu.
Masukkan dalam kuali dan gelek-gelekkan kuali biar nipis telur tersebut dan masuklah nasi goreng dan letak ditengah-tengahnya..  Bila nampak masak lipatlah lebihan telur tersebut (biar kemas dan rapi)
ambil pinggan dan terbalikkan kuali ke dalam pinggan kita.(yang bawah telur dah jadi kat atas dalam pinggan kita)

Friday, 10 October 2014

Donut Taufu Lembut


300gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorternuing
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
100gm tepung roti
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising/kastor dan sesudu teh susu tepung untuk salutan

1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi nombor 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup selama 1/2 jam.
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit.
4. Selepas itu bentukkan seperti biasa(donatlaaa) dan dibiarkan selama 20 minit(pastikan alas dengan kertas kek atau sapu bawah donat dengan tepung gandum) dan akhirnya gorenglah dan angkat kemudian taburlah dengan bahan salutan tadi..

Wednesday, 1 October 2014

Kentang Bakar

Bahannya
Cheddar parut/kepingan secukupnya
4 biji kentang
300gm daging(kisar)
Selabu bawang besar(dadukan)
3 ulas bawang putih( cincang)
1 sudu besar rempah daging
3 sudu besar sos tomato
Secubit oregano
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Daun sup/bawang(cincang halus)
1/2 batang carrot(sagat)
2 sudu besar mayonis
Mentega untuk menumis
Sedikit gula dan secubit garam

Panaskan ketuhar dengan suhu 200C.
Bersihkan kentang sebersih bersihnya.
Susun dalam loyang dan bakar dalam ketuhar selama 50 minit.(separuh masa balikkan kentang dan sambung pembakaran)
Keluarkan dan biarkan sejuk.
Semasa kentang dalam oven, mulakan membuat inti.
Panaskan mentega dan tumis bawang putih, bila sedikit garing masukkan bawang besar.  Kacau hingga layu.  Masukkan serbuk kari(kalau kekeringan masukkan sedikit air)
Masukkan daging kisar.  Kacau.
Masukkan oregano, serbuk lada hitam, sos tomato dan mayonis.
Masukkan carrot.  Kacau.
Masukkan sedikit gula dan garam.  Kacau biar mesra semuanya.  Sebelum angkat masukkan daun sup/bawang.
Ubi kentang tadi belah dua dan keluarkan 2/3 daripada isinya.(guna sudu untuk proses mengoreknya)
Masukkan inti dan tutup dengan cheedar.
Susun dalam loyang dan bakar dengan suhu yang sama selama 20 minit.