translate

Friday 10 October 2014

Donut Taufu Lembut


300gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorternuing
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
100gm tepung roti
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising/kastor dan sesudu teh susu tepung untuk salutan

1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi nombor 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup selama 1/2 jam.
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit.
4. Selepas itu bentukkan seperti biasa(donatlaaa) dan dibiarkan selama 20 minit(pastikan alas dengan kertas kek atau sapu bawah donat dengan tepung gandum) dan akhirnya gorenglah dan angkat kemudian taburlah dengan bahan salutan tadi..

3 comments:

  1. Tak pernah buat Guna taucu lembut.. kena hancur kan dulu tak kak? Tq

    ReplyDelete
  2. Ehhhh bukan taucu tapi taufu kak.. typo error.. 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. taufu ni tak perlu dihancurkan..ianya akan sebati dalam doh kita semasa kita mengulinya..ianya setengah kita panggil taufufa...macam dadih..

      Delete