translate

Tuesday, 31 January 2012

Sup Ayam

7 ketul ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh lada hitam
sebiji ubi kentang
Sebatang celery
Gula (ajinomoto) dan garam
Sedikit lada sulah
Limau nipis dan bawang goreng serta daun sup sebagai bahan semasa menghidang

Ayam dibersihkan dan dicuci dengan cuka untuk menghilangkan hanyirnya.
Bawang putih dan halia diketuk,
Masukkan ayam ke dalam periuk dan  diisi dengan air(jangan terlalu banyak)
Masukkan bahan ketuk tadi bersama dengan rempah kulit kayu manis, pelaga hindi, bunga lawang dan lada hitam.
Rebuslah sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang dan gula, garam serta lada sulah.
Masukkan juga selery yang telah dipotong.
Masaklah sehingga kuah naik minyak dan ubi kentang empuk.

Monday, 30 January 2012

Singgang Kepala Ikan Muduk




Singgang Kepala Ikan Muduk.



Bahan-bahannya

Kepala ikan mudiuk
2 inci lengkuas
Sedikit halia
3 /4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
4 keping asam gelugur(keping)    kalau ikan kecil 3 keping dah cukup...
beberapa biji bendir (2)
beberapa biji cili hijau (2)
Beberapa biji cili api (3)

Cara-caranya

1. Kepala ikan yang telah dibersihkan dan dicuci dengan air asam jawa dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air dan direbus bersama  lengkuas, halia dan bawang putih  yang telah dihiris nipis.
2. Masukkan juga asam keping, cili hijau , cili api, garam dan bahan perasa.  Masakkan biar mendidih.  Bila mendidih masukkan pula kacang bendir dan bawang besar yang telah di hiris nipis..  Biarkan mendidih lagi seketika.(Dikira masak apabila kita lihat kuahnya berminyak)

Paprik





Beberapa ekor udang dibuang kulit dan dibiarkan ekornya
Beberapa hirisan kecil daging ayam
Sedikit bunga kobis
2 batang kacang panjang
sedikit karet dipotong memanjang
2 ulas bawang putih
Setengah biji bawang besar
Sebatang serai
3 helai daun limau purut
3 biji cili apii
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kiub tomyam(ambil 1/4 dari kiub tersebut)
setengah biji limau nipis (diambil airnya)
Sedikit minyak
Sedikit air

Tumis bawang putih yang telah diketuk dan biar seketika.
Kemudian masukkan serai yang telah diketuk dan  daun limau purut dan cili api yang telah dibelah dua.
Biar naik bau.
Masukkan kiub tomyam dan sos tiram.
Masuklah ayam dan kemudian udang.
Masukkan air limau nipis.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong memanjang.
Masuklah sayur-sayur yang telah siap dipotong.
Rasalah masim manisnya serta ada rasa masamnya.
Masukkan sedikit air untuk mendapat sikit kuah.


Saturday, 28 January 2012

Chicken Chop

Bahan-bahannya
10 ketul bahagian ayam dibuang tulang dan dibersihkan
2 ulas bawang putih
Lada sulah
Sedikit garam
Tepung jagung

Bahagian ayam yang telah dibuang tulangnya dibersihkan dan dimasukkan ke dalam plastik dan diketuk-ketuk(jangan bagi hancur)
Keluarkan dan peraplah dengan bawang putih yang telah ditumbuk hancur bersama sedikit garam dan lada sulah.
Apabila kesemuanya dilumur pada ayam tersebut taburkan tepung jagung dan biar rata.
Simpan seketika dalam peti ais tempat beku.
Goreng dengan minyak yang sedikit di atas kuali rata sehingga masak

Sos Black paper
5 sudu besar sos black paper
2 ulas bawang putih(diketuk dan dihiris kecil
Sedikit air
2 sudu teh Tepung jagung
Gula dan garam ikut rasa
Campurkan kesemua bahan dan dimasak atas api hingga mendidih.

Coleslaw
Kobis
carrot
1 ulas bawang putih
Mayonis
Perasa dan garam kalau mahu

Kobis dipotong nipis-nipis.
Carrot disagap halus
Bawang putih dihiris nipis-nipis
Campurkan semua bahan dengan mayonis.
Tambahkan perasa mengikut kesesuaian.


Friday, 27 January 2012

Ayam Percik





Bahan
Setengah ekor ayam (ayam kecil)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit serbut kunyit
1 sudu besar  air asam jawa
garam secukup rasa

Blrnder bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air dan digaulkan kedalam ayam bersama garam,  air asam jawa dan serbuk kunyit. Masaklah dengan api yang perlahan(kecil) sehingga mendidih dan kita lihat ayam hampir masak.

Bahan Kuah
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai
1 sudu besar air asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung beras kalau tiada guna tepung jagung pun okey  (dibancuh dengan sedikit air) kalau kuah tak pekat boleh tambah lagi
Gula dan garam

Bawang merah, putih dan halia diblender dengan air yang sedikit.
jerang santan di atas api dan dimasukkan bahan blender tadi bersama air asam jawa, serai yang telah diketuk bancuhan air tepung beras dan gula dan garam.  Masaklah sehingga kuah pekat.  Angkat.

Masaklah ayam tadi diatas pan dengan minyak yang sedikit (macam buat burger tu)
Balik-balikkan ayam nampak sedikit hangit. Curahkan kuah tadi diatas ayam tersebut dan balik-balikkan ayam tersebut dalam pan kita itu.  Biar kuah sebati dengan ayam. Angkat dan curahkan lebihan kuah ke atas ayam kita.

Thursday, 26 January 2012

Lompat Tikam




Lapisan Bawah(hijau)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2  cawan air
3 helai daun pandan
2 1/2 cawan santan cair
Sedikit garam
Pewarna hijau
1/2 sudu teh kapur makanan(jangan terlebih nanti rasa kapurnya dan jangan masukkan terus kapur tapi campur dengan sedikit air dan ambil air kapur tersebut..kalau tak guna semuanya pun okey)

Panaskan pengukur.
blender daun pandan dengan 1/2 cawan air.  Tapis.
Tepung beras diblender bersama santan dan ait daun pandan, sedikit garam dan pewarna hijau.
Kacau adunan diatas api sehingga pekat.
Sapu loyang dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan tersebut ke dakam loyang tersebut dan kukuslah selama 20 minit.

Lapisan atas
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
 Campurkan semua bahan dan ditapis atau diblender kesemuanya.
Masak dengan api yang kecil sehingga sedikit pekat.

Masukkan ke dalam loyang tadi dan kukuslah semula selama 20 minit lagi.

Air gula melaka
3 keping gula melaka
Sedikit air
Masak gula melaka bersama air sehingga cair dan sedikit pekat.

2 cawan beras pulut
Pewarna merah
Air sebanyak menutupi sedikit paras beras pulut.

Kukus atau tanak pulut sehingga masak.





Lasagne

Beberapa keping lasagne(kak guna 15 keping.
Parutan ceddar/mazarella dan yang ini kak guna ceddar yang slice sebab dah ada dalam peti ais)

400gm daging cincang
400gm tomato
300ml air
3 sudu besar tomato puree
1 sudu teh oreganu
1 labu bawang besar
1 kiub stok daging
2 ulas bawang putih
Gula, garam dan serbuk lada hitam
3 sudu besar minyak masak

Sos Putih
60gm mentega
60gm tepung gandum
600ml susu segar (kalau nak guna susu cair pun okey)
Sedikit garam dan serbuk lada sulah

Tomato diblender bersama air.
Bawang besar dipotong dadu dan bawang putih dicincang.
Tumis bawang putih bersama bawang besar dan kemudian bila naik bau masukkan daging kisar tadi.
Bila berubah warna, masukkan tomato puree, oreganu, kiub  dan juga tomato hancur.
Tambahkan gula, garam dan lada hitam.
Masaklah biar sampai pekat.

Sos putih
Panaskan mentega dan kemudian masukkan tepung gandom.
Bila nampak sebati masukkan susu tadi dan kacau sampai mendidih.
Tambah gula, garam dan lada sulah.
Masak biar sampai pekat.

Cara membakar lasagne
Dalam bekas \, masukkan sedikit sos daging(biar rata dipermukaan.
Alas dengan lapisan lasagne.
Kemudian letakkan pula sos daging dan sos putih.
Alas pula dengan lasagne.
Ulang seperti di atas.
Yang terakhir alaskan lasagne dengan sos putih(yang ini sos putih menutupi seluruh permukaan dan taburkan dengan keju tadi.
Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 190C