Lapisan Bawah(hijau)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan air
3 helai daun pandan
2 1/2 cawan santan cair
Sedikit garam
Pewarna hijau
1/2 sudu teh kapur makanan(jangan terlebih nanti rasa kapurnya dan jangan masukkan terus kapur tapi campur dengan sedikit air dan ambil air kapur tersebut..kalau tak guna semuanya pun okey)
Panaskan pengukur.
blender daun pandan dengan 1/2 cawan air. Tapis.
Tepung beras diblender bersama santan dan ait daun pandan, sedikit garam dan pewarna hijau.
Kacau adunan diatas api sehingga pekat.
Sapu loyang dengan sedikit minyak. Masukkan adunan tersebut ke dakam loyang tersebut dan kukuslah selama 20 minit.
Lapisan atas
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
Campurkan semua bahan dan ditapis atau diblender kesemuanya.
Masak dengan api yang kecil sehingga sedikit pekat.
Masukkan ke dalam loyang tadi dan kukuslah semula selama 20 minit lagi.
Air gula melaka
3 keping gula melaka
Sedikit air
Masak gula melaka bersama air sehingga cair dan sedikit pekat.
2 cawan beras pulut
Pewarna merah
Air sebanyak menutupi sedikit paras beras pulut.
Kukus atau tanak pulut sehingga masak.
No comments:
Post a Comment