translate
Saturday, 31 March 2012
Kek keladi
2 cawan tepung vanila sponge mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air
Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.
bakar kek (bahagikan kepada 4 kali bakar) selama 15 minit dengan suhu 180C
Inti Keladi
4 ketul keladi (300gm)..yang telah direbus
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 biji telur merah
Sedikit garam
Pewarna keladi
Kesemua bahan diblender dan dikacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih.
Setiap lapis kek dicurah dengan keladi dan disusun satu persatu dan bahagian paling atas ditabur juga dengan kelapa kering.
Thursday, 29 March 2012
Kuih Lompat Tikam
Bahagian Hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 helai daun pandan diblender dengan sedikit air dan masukkan sedikit pewarna hijau
3 cawan santan cair
Sedikit garam
1/2 sudu teh kapur makanan(jangan terlebih nanti rasa kapurnya dan jangan masukkan terus kapur tapi campur dengan sedikit air dan ambil air kapur tersebut..kalau tak guna semuanya pun okey)
Tapis daun pandan yang diblender tadi.
Satukan semua bahan tersebut.
Satukan semua bahan tersebut.
Kacau adunan sehingga pekat dan berkilat.
(Guna api yang perlahan ye)
Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan
(Guna api yang perlahan ye)
Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan
Bahagian Putih
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
Campurkan semua bahan dan dikacau di api yang kecil sehingga sedikit pekat.
Air gula merah
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Masak kesemuanya di api api sehingga hancur dan mendidih.
Pulut
2 cawan beras pulut
Pewarna merah
Air sebanyak menutupi sedikit paras beras pulut.
Tanak pulut sehingga masak.
Kalau kukus buat seperti mengukus pulut spt biasa.
Kalau kukus buat seperti mengukus pulut spt biasa.
Kek Brownies Berlapis Keju
200gm coklat masakan
180gm mentega
150gm gula kastor
4 biji telur
140gm tepung gandum
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanila
Bahan keju
250gm krim keju
50gm gula kastor
2 biji telur
Caranya
Satukan coklat dan mentega dan dipanaskan atas api yang perlahan. Pastikan cair keseluruhannya dan sejukkan
Putar telur dan gula hingga kembang selama 5 minit.
Satukan kesemua bahan kek dan digaul sebati.
Bagi adunan keju
putar krim keju bersama gula kastor sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.
sediakan tin pembakar dan sapu tin dengan margeri dan alas dengan kertas minyak.
masukkan adunan kek brownies dan selepas itu masukkan aduinan keju di atasnya.
Kalau nak buat jadi corak marble pun boleh.(lorek-lorekkan)
Panaskan ketuhar dan bakar kek kita selama 1 jam dengan suhu 180C.

Wednesday, 28 March 2012
Sayur Goreng Campur bersama Sotong
5 ekor sotong
4 ulas bawang putih
Bunga Kobis
Taugeh berdaun
1 biji cili merah atau cili hijau
Kacang buncis
1/2 labu bawang besar
Tomato
Carrot
Kunyit atau serbuk kunyit
1/2 sudu teh cuka
Garam dan bahan perasa
Lada sulah
Caranya
Sotong dipotong bulat-bulat.dan dibelah 4 atasnya(jangan putus) Bersihkan.
2 ulas bawang putih ditumbuk dengan sedikit kunyit dan dicampur dengan sedikit garam dan cuka.
Lumurkan pada sotong kita tadi.
Panaskan kuali dan bubuhlah sedikit minyak dan tumislah dengan lebihan bawang putih yang telah dipotong tadi. Bila naik bau masukkan sotong kita tadi. Kacau seketika. Masukkan lada sulah, bawang besar yang telah dipotong dan lada merah/hijau yang telah dipotong nipis...Kemudian masukkan sayur-sayur tersebut dan sedikit bahan perasa(kalau mahu). Potong 4 tomato dan masukkan ke dalamnya . Kacau sekejap dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Tuesday, 27 March 2012
Ketupat sotong
Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)..yang ini kak guna santan kotak..
2 keping gula melaka
2-3 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih
Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi kedalam sotong Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut, daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat
Sunday, 25 March 2012
Kek Mangkuk Yogurt Kelapa dengan Hiasan Atas Meringue
65gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur
20gm kelapa kering
1/2 sudu teh esen vanila
120gm yogurt
90gm tepung naik sendiri
Hiasan atas meringue
1 biji putih telur
1/2 sudu teh esen vanila
90gm gula asing
60gm kelapa kering
Untuk Kek
Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur dan pukul selama 1 minit. Masukkan kelapa dan esen vanila.Kacau.
Masukkan yogurt dan pukul hingga sebati. Akhir masukkan tepung yang telah diayak. Kaup dan balikkan.
isikan adunan dalam cupcake dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak.
Untuk Hiasan meringue
Pukul putih telur hingga pekat dan berkilat. Masukkan esen vanila dan gula. Pukul lagi.
Akhir sekali masukkan kelapa kering.kacau sebati.
Keluar cupcake dari oven dan letakkan hiasan meringue di atasnya dan bakar semula selama 15 minit lagi atau sehingga hiasan meringue mengeras.
Kerutuk Ayam Kampung
Seekor ayam kampung
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 inci lengkuas
4 sudu besar rempah kari kerutuk
Sebatang serai
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh lada hitam (biji)
Beberapa kuntum bunga cengkih
Sehelai daun pandan
Sekeping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa(ini yang ada biji-bijinya kalau beli yang adabi punya kena kuranglah sedikit dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar (dibelah dua)
2 biji kentang
Sebiji lada hijau
4 cawan santan
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis
Ayam kampung dipotong mengikut kesukaan dan dibersihkan..
Bawang merah, putih dan halia diblender,
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi. Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika. Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga hindi, lada hitam, bunga cengkih dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air. Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah ayam dan sedikit air.Kacau dan tutup tudung periuk. Kacau dan pastikan jangan sampai hangit.(kalau nak guna periuk tekanan(kak guna) lagi bagus tapi pastikan air dimasukkan mencukupi untuk mengelak hangit). Apabila ayam kita sudah empuk masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan. Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali. Masukkan juga kerisik kelapa tadi. Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang telah dipotong dua dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)