translate
Wednesday, 28 March 2012
Sayur Goreng Campur bersama Sotong
5 ekor sotong
4 ulas bawang putih
Bunga Kobis
Taugeh berdaun
1 biji cili merah atau cili hijau
Kacang buncis
1/2 labu bawang besar
Tomato
Carrot
Kunyit atau serbuk kunyit
1/2 sudu teh cuka
Garam dan bahan perasa
Lada sulah
Caranya
Sotong dipotong bulat-bulat.dan dibelah 4 atasnya(jangan putus) Bersihkan.
2 ulas bawang putih ditumbuk dengan sedikit kunyit dan dicampur dengan sedikit garam dan cuka.
Lumurkan pada sotong kita tadi.
Panaskan kuali dan bubuhlah sedikit minyak dan tumislah dengan lebihan bawang putih yang telah dipotong tadi. Bila naik bau masukkan sotong kita tadi. Kacau seketika. Masukkan lada sulah, bawang besar yang telah dipotong dan lada merah/hijau yang telah dipotong nipis...Kemudian masukkan sayur-sayur tersebut dan sedikit bahan perasa(kalau mahu). Potong 4 tomato dan masukkan ke dalamnya . Kacau sekejap dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya dah follow sini.jom follow sana pula.
ReplyDeletesedap lauk tu...ade sotong lg...nyum2...
ReplyDelete