Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)..yang ini kak guna santan kotak..
2 keping gula melaka
2-3 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih
Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi kedalam sotong Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut, daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat
salam k.Yah.sedapnya tupat sotong.balik cuti KB bulan lepas cari kat pasar besar tak da org jual.nak buat sendiri asyik bertangguh....
ReplyDeletebuatla sendiri kerana ianya mudah dibuat dan yang penting terjamin kebersihannay
ReplyDelete