translate

Wednesday, 11 July 2012

Kek Keju

Bahan A
250gm krim keju
50gm mentega
80gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon
80gm tepung kek
1 sudu teh beking powder
5 biji kuning telur
80gm susu segar

Bahan B
80gm gula kastor
5 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar

Cara
Griskan acuan dan alas dengan kertas minyak.
Bahan A. Pukul krim keju, mentega dan gula kastor hingga kembang.  Masukkan kuning telur dan jus lemon.  Pukul sebati
Ayak tepung kek dan beking powder
Masukkan tepung dan susu segar berselang seli sambil digaul sebati.

Bahan B.  Dalam bekas lain satukan putih telur, gula kastor dan krim of tartar.  Pukul sampai kembang dan kental selama 7 minit.

Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan bahan A dan digaul perlahan-lahan.  Gaul sampai sebati.
Masukkan ke dalam bekas adunan dan bakarlah selama 1 jam dengan suhu 170C. (20 minit pertama guna api bawah dan 40 minit seterusnya api atas dan bawah.


Cara Menghasilkan tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
Ayak keduanya dan guna sebanyak timbangan yang diperlukan

3 comments:

  1. sedapnyer..gebu sungguh cheese cake nih

    ReplyDelete
  2. bakar macam kite buat kek ke atau ada kaedah lain?

    ReplyDelete