translate
Sunday, 1 July 2012
Udang Tempura
Bahan-bahan
Beberapa ekor udang sederhana besar(dikupas kulit dan dibiarkan ekornya)
seulas bawang putih(ditumbuk)
lada sulah
putih telur
tepung tempura
Cara
1. Udang dicuci dan dilumur dengan bawang putih dan lada sulah.
2. Tepung tempura dicampur dengan putih telur, sedikit lada sulah dan sedikit air(jangan pekat dan cair sangat).
3. Celupkan dengan udang tadi dan digoreng hingga kekuningan.
Sos
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Potongan dadu bawang besar
Sebiji tomato dipotong dadu
Beberapa biji cili api dipotong kecil
Sebiji limau nipis diambil jusnya
Gula dan garam
Sedikit air suam
Campurkan kesemuanya dan rasalah biar ada rasa manis dan masam limau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedapnya kak Yah.
ReplyDeleteKak yah memang nampak sedap.Mesti krup..krap..krup krap kan??
ReplyDeletekak cukup suka guna tepung tempura keluaran tesco berbanding dengan yang lain2...selain mudah digunakan memang ianya cukup rangup dan kerangupannya agak tahan lama...
ReplyDeleteAs salam. Belum pernah lagi membuat sendiri. Tahu makan jer
ReplyDeletesedap la...
ReplyDelete