translate

Sunday, 15 July 2012

Apam Belang...Aneka Warna

2 biji telur
90gm gula halus
1/2 sudu besar ovelet
1 sudu kecil vanila
180ml santan
150gm tepung gandum
1/2 sudu kecil beking powder
Pewarna dan perisa yang sesuai..contohnya kalau pewarna merah boleh dicampur dengan perisa strawberri.

Pukul telur bersama ovelette, gula halus dan vanila hingga kembang.
Tepung diayak bersama beking powder.
Masukkan tepung dan santan berselang seli dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan dimasukkan pewarna dan perisa yang sesuai..
masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan  kertas kek secara berselang seli dan kukus dengan air yang telah mendidih delama 40 minit.

4 comments:

  1. Lembut warna-warna pilihan Kak Gayah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sedap ni Kak Yah. Ingatkan kek tadi. Bolehlah saya buat untuk berbuka puasa nanti. Tentu rasanya macam kek kan!

    ReplyDelete
  4. kak yah..klau santan gnti ngan susu cair@susu segar bleh x?

    ReplyDelete