translate
Thursday, 12 July 2012
Burger Malaysia
500gm tepung roti(high protein)
200ml air suam(kalau uli guna tangan 220ml)
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul dahulu menggunakan garfu)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)
1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit). Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan dan uli semula. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari). Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi (kalau guna BM cosway masa yang diambil hanyalah 14 minit sahaja dan bila dikeluarkan bolehlah terus buat bulatan kecil dan biarkan di atas kertas kek selama 1/2 jam sebelum digoreng.
Kalau uli tangan selepas ditumbuk buatlah bulatan kecil dan prosesnya sama seperti di atas.
Goreng hingga kekuningan dan biarkan sejuk sekejap sebelum di belah/potong ditengahnya dan masukkan potongan timun dan sambal bilis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment