translate

Tuesday, 17 July 2012

Kek Pisang


250gm mentega
7 biji pisang sederhana besar..kak guna pisang kapas
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh beking powder
5 biji telur
2 sudu teh vanila
1 1/2 cawan gula pasir
50gm kacang walnut(nak kurang pun ok)
50gm kismis(nak kurang pun ok)

Pukul mentega bersama gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.  Pukul lagi biar putih dan kembang.
Pisang dilenyek hingga hancur.  Tepung naik sendiri, tepung gandum dan beking powder diayak.
Masukkan pisang, esen vanila  dan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati(guna senduk aja)
Masukkan juga walnut dan kismis yang telah dicincang dan dipotong kecil.
Masukkan ke dalam acuan kek ciffon dan bakar selama 1 jam dengan suhu 170 C atau sehingga masak.



3 comments:

  1. salam kakyah..woww nmpak gebus & moist banget kek pisang tu..nk sepotong kak!

    ReplyDelete
  2. As salam. Cantik gambar kek ni. Rasa nak terus makan jer kek tu

    ReplyDelete