translate
Saturday, 7 July 2012
Maggi Ketam
Sebungkus maggi perisa kari
seekor ketam
5 ekor udang sederhana besar
sebiji telur
Sayur kobis panjang
sebiji tomato
Sebiji lada merah
2 ulas bawang putih
Limau nipis
Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih yang telah diketuk.
Apabila naik wangi baunya, masukkan air (sebanyak mana biasa kalau kita masak maggi)
Masukkan perencah kari maggi dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan maggi dan pecahkan telur.
Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dipotong dua.
Masukkan juga udang dan juga sayur, lada yang telah dipotong nipis dan tomato yang telah dibelah 4..
Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih sebab share. saya mau cuba. :D
ReplyDelete