translate

Thursday, 5 July 2012

Kek Marble Oren


1 cawan tepung kek
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan margerin
1 cawan gula kastor
4 biji telur
2 sudu besar mentega atau boleh ganti dengan susu tepung campur sikit air
1 sudu teh vanila
Sebiji limau sunkist kulitnya  diparut dan ambil juga air buahnya.
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air panas

Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang kemudian masukkan telur,  pukul lagi hingga kembang.
Masukkan parutan kulit limau, esen vanila dan air limau.  Kacau.
Masukkan pula tepung kek yang telah diayak.  Kacau lagi.
Bahagikan kepada 2 adunan dan sebahagiannya dicampur dengan serbuk koko yang telah dibancuh dengan air panas
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek secara berselang seli sehingga habis
Panaskan oven dan bakar kek selama 50 minit dengan suhu 180C.  Mula-mula guna api bawah selama 25 minit dan yang selebihnya guna api atas dan bawah sehingga masak.

Cara untuk membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
Ayak tepung tersebut.
Adunan ini untuk secawan tepung kek.

2 comments:

  1. Replies
    1. w.salam..terima kasee..sapa2 buat pun sama akan cantik jugak...

      Delete