Bahan A
4 ketul tulang lembu(dibersihkan dan direbus mendidih dan
dibuang airnya dan direbus kembali dengan air sehingga empuk)
Bahan B
Setengah bungkus beehun(dicelur)
5 ulas bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Seinci halia(kisar)
5 keping
lengkuas(kisar)
1 sudu besar cili giling
3 batang serai(diketuk)
4 helai daun limau purut
1 sudu teh jintan manis(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 sudu besar ketumbar(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
Sekeping asam gelugur
Gula dan garam secukup rasa
Bahan C
Taugeh(dicelur)
Tauhu(goreng dan dipotong kecil)
Cili merah(dipotong nipis)
Cara Penyediaan
1.Tumis bahan kisar dan cili giling sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan tumbuk
Kemudian masukkan daun limau purut dan serai.
3.Masukkan bahan A dan asam gelugur Masak sampai naik minyak dan mendidih.
4.Dihidangkan bersama beehun dan taugeh, tauhu dan cili
merah.
Mengancam resipi niee. patut mencubanyerr, thanks kak share resipi niee
ReplyDeletekak cukup seronok bagi sesiapa yang ingin mencuba resepi ini, kerana berbaloi bagi yang membuatnya..
Delete