translate

Thursday, 6 September 2012

Kerutuk Daging Buku Besar

Setengah kilo daging lembu(dipotong besar..setengah kilo dapat 3 ketul aja)
10 ulas bawang merahBlender)
3 ulas bawang putih(blender)
Setengah inci halia(blender)
2 inci lengkuas
3 sudu besar rempah kari kerutuk
Sebatang serai(diketuk)
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
5 kuntum bunga cengkih
Sehelai daun pandan
Sengah keping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa dan dicampur sedikit air  dan ambil jusnya dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar(belah 2)
2 biji kentang(belah 2)
Sebiji lada hijau
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga , cengkih  dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah daging dan sedikit air.Kacau dan tutup tudung periuk.  Kacau dan pastikan  jangan sampai hangit.(kalau nak guna periuk tekanan(kak guna) lagi bagus tapi pastikan air dimasukkan mencukupi untuk mengelak hangit).  Apabila daging sudah empuk masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali.  Masukkan juga kerisik kelapa tadi.  Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu.  Sebelum diangkat masukkan bawang besarl dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk buku besar ini.

No comments:

Post a comment