translate

Thursday, 20 June 2013

Puding Roti Bersos Kastad

8 keping roti
400ml susu cair
100ml air
4 sudu besar gula
2 sudu besar mentega(dicairkan)
3 biji telur
1 sudu besar tepun g jagung
1 sudu teh vanilla
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 cawan kismis

Panaskan ketuhar dengan suhu 170 - 180C
Carik-carikkan roti dan rendam seketika bersama susu cair yang telah bercampur dengan air.
Pukul telur dengan pemukul tangan dan masukkan mentega cair, vanilla, serbuk kayu manis, gula,  dan tepung jagung
Masukkan 1/2 cawan kismis.Kacau
Campur bersama kedalam roti dan kacau biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan masukk sebahagian adunan.
Tabur kismis sebahagian lagi di atasnya.
Masukkan lebihan adunan tersebut dan tabur kesemua lebihan kismis di atas adunan tersebut.
Bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar kastad
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Campur semua bahan dan masak dengan api yang sederhana sehingga sedikit pekat.

Wednesday, 19 June 2013

Kek Lapis Pandan

2 cawan tepung vanila sponge mix(250gm)
4 biji telur
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air

Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.
bakar kek (bahagikan kepada 4 kali bakar) selama 15 minit dengan suhu 180C

Kastad pandan
1200ml santan
100gm tepung hwe kwe
10gn agar-agar serbuk
1 cawan gula halus
Sedikit garam
1 sudu teh pandan emulco
Pewarna hijau
Kelapa kering untuk ditabur ...

semua bahan (kecuali kelapa kering) dikacau di atas api sehingga pekat

Lapis kek setiapnya dengan kastad pandan dan bila bahagian atasnya ditabur juga dengan kelapa kering.

Tuesday, 18 June 2013

Mashmallow

resepinya
B - 120ml air sejuk
      50gm geletin halal gel

campurkan keduanya dan biarkan seketika.

A - 120ml air biasa/paip
      300gm gula pasir
      220gm golden sirap
      sedikit garam (1/2 sudu teh)
      1 sudu teh vanilla
 masak bahan2 A di atas sehingga betul-betul  mendidih.Angkat periuk dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas bahan B tadi.  Putar dengan kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit (sehingga betul-betul pekat.).  Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dibiarkan semalaman (nak letak dalam peti sejuk pun boleh)

Cara memotongnya....Sebelum memotong mashmellow sapukan permukaan atas dan bawah mashmellow dengan campuran tepung jagung dan gula ising (kalau nak kurangkan manis 4 tepung jagung 1 gula iasing)  Potonglah dengan pisau pizza atau menggunakan gunting dan biarkan bergaul dengan campuran tepung tadi...selamat makan....

Untuk yang ni kak ambil sedikit adunan yang telah siap diputar, campurkan dengan sedikit strawberry emulco dan pewarna merah.  Buat corak seperti kita buat lakaran marble atas permukaan kek.

Monday, 17 June 2013

Walnut Torte Cake







Sumber dari AFC. Baking With Anna Alson 3

Bahannya
1 cawan walnut
1 cawan tepung gandum
7 biji telur(A)
3/4 cawan gula kastor

Caranya
Menggunakan pengisar, kisar kacang walnut bersama 1/2 cawan tepung gandum sehingga sebati.
Pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula.  Pukul lagi hingga betul-betul pekat.
Menggunakan teknik kaup dan balik, masukkan sebahagian tepung gandum(yang telah diayak) dan juga bahan kisar tadi.
Adun bahan biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas bawahnya dengan kertas kek.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 30 minit.
Sejukkan kek sebelum dipotong dua.

Kastad topping
1 cawan susu segar
3 sudu besar tepung kastad
1/4 cawan madu
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula ising
2 cawan walnut(kak guna 1 cawan ajee)

Jem apricot secukupnya

Caranya
Masak dengan api yang perlahan susu bersama tepung kastad sehingga hampir mendidih.
Masukkan madu, garam dan vanila.  Kacau hingga pekat dan sejukkan sehingga beku.
Kisar kacang walnut bersama gula ising sehingga hancur dan sebati.
Putar kastad tadi sehingga hancur dan masukkan mentega.  Putar biar kembang dan berkrim.
Masukkan campuran walnut dan gula ising.  Putar biar sebati.

Sapu kek yang dipotong dengan jem apricot pada seluruh permukaannya.
Sapukan topping tadi di atasnya.
Tutup dengan bahagian kek yang satu lagi.
Sapu lebihan krim pada keseluruhan kek.


Tuesday, 11 June 2013

Puding Kastad Karamel Gula Hangus

Untuk ini kak mintak maaf..gambar kurang clear...tukang ambik gambar sakit..guna handpon aje..nanti cik somi sihat kita baiki balik...

bahannya
A
3 sudu besar gula pasir
5 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila

Sediakan pengukus, dan panaskan air.
Di dalam loyang, goreng gula dengan api yang perlahan sehingga perang dan mencair.
Pukul telur hingga berbuih, masukkan susu, air tepung jagung dan vanila.  Pukul sekadar semuanya sebati.
Tuang pada gula hangus yang telah mengeras tadi.
Kukus selama 45 minit.
Angkat dan sejukkan

B
!/2 bungkus kristal jelly
200ml air panas

Campur keduanya dan tuang ke atas A,  Biarkan sejuk dan beku.

C
40gm tepung kastad(jenama Bird)
120ml susu cair
350 air
4 sudu besar gula pasir

Masak kesemuanya atas api sederhana dan bila mendidih tuang ke atas lapisan B
Sejukkan dan elok dipotong selepas semalaman dalam peti sejuk.

P/s lebih sedap dimakan bersama buahan campuran dalam tin.

Sunday, 9 June 2013

Kek Sarang Semut

A
2 cawan gula
2 cawan air panas
1/2 cawan mertega

B
5 biji telur
1 1/2 sudu teh soda bikabonat
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat

Caranya
Masak gula hingga hangus, berair  dan keperangan.  Kemudian masukkan air 
Kacau sehingga cair dan masukkan mentega.  Kacau biar mencair.  Sejukkan.
Putar telur hingga kembang kemudian masukkan susu pekat dan putar lagi seketika.
Ayak tepung gandum bersama soda bikabonat..
Masukkan ke dalam adunan telur dan putar hingga sebati.
Masukkan bahan A  ke dalam bahan B dan biar sebati
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Panaskan dan bakar di atas dapur dengan api kecil sehingga adunan naik separuh dari asal.(lapik menggunakan tudung periuk semasa membakarnya di atas dapur)
Apabila adunan naik sekali ganda masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160 - 170C selama setengah jam(sebaiknya guna api bawah sahaja).
P/s..terima kasih pada seorang kawan fb atas kesudian beliau berkongsi cara untuk memastikan kek sarang semut berlubang atau bersarang..hanya allah yang membalasnya..amin..

Friday, 7 June 2013

Pizza Mini Tepung Atta

Sumber resepi untuk doh kulit pizza dari Ros Jintan Manis
Doh kulit Pizza
350gm tepung roti
150gm tepung atta
35gm susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(pukul dengan garfu)
40gm margerin
180ml air suam
6gm yis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh oregano

Topping
isi ayam yang dipotong kecil dan ditumis bersama sebiji bawang putih(diktuk dan dicincang)
Campuran sos tomato dan sos cili dan dicampur dengan sedikit oregano
nanas tin
Sayuran campuran
Cendawan
Bawang besar dipotong dadu
tomato dipotong dadu/kecil
Parutan mozarella

Pemyediaan kulit pizza
Masukkan semua bahan dan uli hingga tidak melekat ditangan.(seminit dua aje)
Masukkan ke dalam plastik beg yang bersih dan golek-golekkan selama 5 minit.
Keluarkan dari plastik dan uli seminit dua lagi.
Masukkan ke dalam mangkuk besi dan ditutup dengan plastik pembungkus makanan.
Panaskan oven dan set selama 25 minit dengan suhu 180C.
Letak mangkuk besi tadi di atas ketuhar.  Biarkan selama 1/2 jam(wpun ketuhar kita dah habis masanya ketuhar masih lagi panas..(PASTIKAN LETAKNYA DI ATAS KETUHAR BUKANNYA DI DALAM)
Buka plastik penutup tadi dan tumbuk adunan tersebut.
Uli dan bulatkan
Bahagikan adunan kepada ketulan yang kecil.
Canai menjadi bulatan yang leper/nipis
Sapu loyang dengan margerin dan letak pizza mini kita tersebut.
Biarkan setengah jam.
Sebelum meletakkan topping, tekan bahagian tengah pizza dan biarkan tebal bahagian tepinya.
Cucuk dengan garfu bahagian yang ditekan tadi
Sapu dengan sos dan tabur dengan bahan-bahan tadi.
Akhir sekali tabur dengan parutan mozarella
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 170C

Bahulu

5 biji telur
300gm gula halus
200gm tepung gandum(panaskan dua tiga minit dalam ketuhar)
1 sudu teh esen vanila
Minyak masak

Ayak tepung sebanyak 2 kali.
Pukul telur dengan gula hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan senduk.
Masukkan juga esen vanilla.
Masukkan minyak ke dalam acuan bahulu dan panaskan dalam ketuhar yang bersuhu 200C selama 10 minit.
Keluarkan minyak dan masukkan adunan dan bakar selama 7 minit.
Sapu minyak setiap kali membakar bahulu.
Acuan mestilah sentiasa panas ketika memasukkan adunan.

Wednesday, 5 June 2013

Ikan Bakar Air Asam

Ikan segar
Bakar dalam kuali pembakar yang telah diletak sedikit minyak.

Air Asam
1 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji limau nipis(kalau yang kurang air kena lebihlah sikit)
3 sudu besar asam jawa (bancuh dengan air masak)
Sedikit belacan
4 biji cili api
Gula dan sedikit garam

Bawang besar dan tomato dipotong dadu.
Cili api dipotong kecil-kecil.
Campurkan bahan diatas dengan air asam jawa, perahan limau nipis dan  belacan yang sudah dibakar
Masukkan juga gula dan garam.

Tuesday, 4 June 2013

Lompang

120gm tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
120gm gula pasir
1 cawan air daun pandan
2 cawan air panas
Sedikit kapur(kak guna 1/4 sudu teh dan bancuh dengan sedikit air dan tapis)

Campurkan semua adunan dan kacau biar rata dan sebati semuanya.
Panaskan pengukus.
Sapu sedikit minyak pada acuan lompang dan panaskan seketika dalam pengukus tersebut.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Sejukkan dan boleh dikeluarkan.
Di makan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam.

Monday, 3 June 2013

Puding Triffle

Sebiji kek gulung
80gm tepung kastad(jenama Bird)
250 ml susu cair
4 sudu besar gula
Sedikit garam
700ml air
Setengah kotak kristal jelly
Hirisan buah peach
200ml air panas

Kek dipotong dalam ukuran setengan inci dan disusun rapat-rapat dalam bekas dan  tekan sedikit kek tersebut  supaya kemas di dasarnya.
Tepung kastad dibancuh dengan susu cair, air . gula dan sedikit garam dan dimasak menggunakan api yang perlahan.  
Apabila sudah pekat dan sekali mendidih, padamkan api dan dituang ke dalam bekas kek tadi. 
Letak potongan buah di atas lapisan kastad tadi. 
Bancuh kristal jelly dengan 200ml air mendidih dan dimasukkan dalam lapisan terakhir triffle.
Simpan dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong bila dihidangkan.

Sunday, 2 June 2013

Kerabu Perut Mangga Muda

1/2 kg perut lembu (rebus dengan air hingga mendidih, angkat buang airnya dan rebus sekali lagi dengan air yang lain, dan sedikit garam hingga lembut dan toskan)
4 biji bawang merah(mayang halus)
Segenggam daun kesum(potong halus)
Bunga kantan(hiris nipis bulat)
Mangga muda(potong kecil memanjang)
Cili padi(potong kecil bulat)
2 atau 3 biji limau nipis(ambil jusnya)
2 helai daun limau purut(potong nipis)
2 batang serai(potong kecil bulat)
Tomato(potong kecil)
Beberapa batang daun ketumbar(potong kecil)
Gula dan garam

Potong nipis perut dan digaul dengan semua bahan lain.
Biar ada rasa sedikit manis dan masam serta pedas

Saturday, 1 June 2013

Laksa Penang


6 ekor ikan Selayang yang agak besar(direbus dengan sedikit air bersama 7 - 10 keping asam keping dan garam..agak masin pun tak apa)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
4 sudu besar cili giling
5 biji cili api
Segenggam daun kesum
Sekuntum bunga kantan
10 keping asam keping(gelugur)
3 sudu besar pes otak udang
Belacan bakar

Ikan yang telah direbus disejukkan terlebih dahulu.  Kemudian dibuang tulangnya(jangan dibuang..kita nak blender asing tulangnya) dan isi ikan itu diblender dengan air.  Seperti yang telah diberitahu tulang ikan juga turut diblender dan ditapis dan diambil airnya.
Bawang merah, putih, halia, cili padi  dan lengkuas diblender bersama dengan sedikit air dan kemudian dimasukkan ke dalam periuk.  Campurkan bersama ikan yang diblender, air tulang yang ditapis,cili giling  belacan, pes otak udang, asam keping(asam dalam rebusan ikan pun jangan dibuang masukkan sekali ke dalam ini biar lebih banyak), serai yang telah diketuk, daun kesum, bunga kantan yang telah dipotong dan air(nampak ia cair pekat secukupnya dan air rebusan ikan pun boleh dimasukkan juga. Masukkan juga gula dan garam.  Masaklah sehingga mendidih dan nampak airnya menjadi agak jernih atau kita nampak lapisan atasnya naik minyak dengan lada giling tadi(berminyak)

Laksa kering
Direbus dengan air yang banyak sehingga lembut.
Yang ni kak guna laksa kering jenama Orang Kampung..lebih halus dari laksa kering biasa dan  cepat lembut bila direbus...

Bahan hiasan
Telur rebus
Cili merah
Daun salad
Bunga kantan
Nanas
Bawang besar
Timun
Limau nipis.