translate

Sunday, 28 July 2013

Chicken Chop




Bahagian ayam yang tak cantik aje yang tinggal...tapi sebabkan kak nak kongsi juga CC yang sedap ini terpaksalah juga kak postkan ini ....

Setengah ekor ayam(dipotong besar dan dikeluarkan tulangnya)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Tepung jagung

Bersihkan ayam dan diperap bersama bawang putih , garam dan lada sulah.
Lumurkan tepung jagung dan dibiarkan seketika dalam peti ais.
Bakar di atas kuali bersama sedikit minyak zaitun..minyak biasa pun boleh..

Sos Black Paper
4 sudu besar sos black paper
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
1 labu bawang besar(potong dadu)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
2 cawan air
Gula dan garam
2 sudu besar mentega

Panaskan mentega dan masukkan bawang besar.  Goreng hingga layu.
Masukkan kesemua sos dan serbuk lada hitam.
Masukkan juga kicap dan juga kiub ayam.
Masukkan air dan tepung gandum.
Kacau dengan whisk supaya tidak bergintil.
Masukkan gula dan sedikit garam(jika perlu)
Masak hingga sedikit pekat.

Kentang putar
3 biji kentang
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Sedikit garam

Kupas kentang dan dipotong kecil.  Rebuskan bersama sedikit garam hingga empuk.
Toskan dan diblend bersama mentega dan susu hingga hancur.
Bolehlah di tuang sedikit sos black paper ketika hendak makan.

Coslaw
Kobis(potong kecil)
Sedikit carrot(potong kecil)..rendam didalam air seketika dan toskan
2 ulas bawang putih(potong kecil)
Mayonis secukupnya

Gaul kesemua dan siap.

Friday, 26 July 2013

Akok



Bahan-bahannya
5 biji telur
100ml air
150gm gula melaka(2 keping saiz kecil)
2 helai daun pandan
200ml santan pekat
Sedikit garam
30gm tepung gandum

Masak air bersama gula melaka, daun pandan dan sedikit garam hingga gula melaka hancur.
Angkat dan masukkan santan.  Sejukkan.(kak sejukkan dalam peti ais sekejap)
Masukkan kesemuanya ke dalam blender bersama telur dan tepung gandum.
Blender sampai berbuih.
Tapiskan.
Panaskan oven suhu 200C dan panaskan petitin yang telah kita sapu dan masukkan sedikit minyak masak selama 5 minit.
Masukkan adunan separuh/setengah penuh dan bakar selama 10 - 15 minit.
Akok akan mengembang dan naik tinggi semasa proses pembakaran dan akan turun semula..

Friday, 19 July 2013

Taufu Kukus

Bahan-bahannya
Taufu lembut
2 ulas bawang putih(ketuk dan potong cincang)
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Cili padi/cili merah(potong)
2 sudu besar bawang goreng
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
Sedikit garam halus
Lada hitam
Daun sup(potong)
Sedikit bahan perasa(jika perlu)
Air secukupnya

Keluarkan taufu dari bekasnya dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuai.
Taburkan sedikit garam halus di atasnya dan kukus selama 10 minit.
Angkat dan ketepikan.

Tumis dengan sedikit minyak bawang putih.
Masukkan sos tiram, kicap manis, kiub dan lada hitam.
Masukkan air dan bancuhan tepung jagung.
Biar mendidih dan sedikit pekat.

Cara penyediaannya
Tabur cili, bawang goreng dan daun sup di atasnya.
Curahkan sos kita tadi.
Sesuai dimakan bersama nasi ayam.

Thursday, 18 July 2013

Puding Cendol Berlapis Labu


Setengah tahil agar-agar kering (kalau beli tu tengok berat dia tulis 37.5gm (1 tahil)..haaa bolehlah dilipat dua dan dipotong..guna separuh)
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
1/2 biji labu di rebus
1 sudu besar kastad
2 biji telur
1/2 tin susu cair

Caranya
Labu diblender bersama susu cair, telur, tepung kasrad dan sedikit garam hingga hancur.
Masak agar-agar bersama air  hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Apabila gula sudah hancur bolehlah dimasukkan bahan blender tadi.  Masak hingga mendidih dan bolehlah diangkat.
Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.
Kalau nak berlapis dua macam ni simpan separuh daripadanya dan rendam bekas dalam air panas(untuk menyelak membeku..kalau malas ..nanti panaskan balik atas dapur..)

Lapisan Atas
Setengah tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
1/2 tin susu cair
1/2 mug gula
sebungkus cendol
Sedikit garam

Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Masukkan cendol (yang telah dibuang airnya dan ditoskan).
Kacau perlahan-lahan.
Masukkan susu cair dan sedikit garam.
Biar sampai mendidih.
Bolehlah diangkat dari dapur.

Masukkan ke dalam lapisan puding labu tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.

Friday, 12 July 2013

Daging Masak Merah

Suku kilo daging (dipotong berbuku besar dan direbus, lertakkan juga pewarna merah dan sedikit garam..rebus sampai empuk)
3 ulas bawang putih(mayang nipis)
Sedikit halia(mayang nipis)
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos chili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 kiub pati daging
1 labu bawang besar(potong besar)
Lada benggala(potong)
2 batang kacang panjang(potong 3 inci)
Gula dan garam
Air secukupnya

Potong nipis daging.
Tumis bawang bersama halia, sehingga naik wangi.
Masukkan cili giling,  Kacau sehingga wangi.
Masukkan semua sos dan sedikit air.
Masukkan daging dan kiub daging.
Masukkan bahan perasa tadi.
Biarkan seketika di dalam kuali dan biar sampai lembut dan emput.
Masukkan bawang dan lada benggala.
Masukkan kacang.  Kacau seketika dan bolehlah diangkat.

Butter Prawn/Udang Butter

Udang saiz besar - 7 ekor
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Sesenduk/4 sudu besar margerin
Sesenduk minyak masak
3 biji kuning telur(pukul dengan garfu)
1/2 kiub pati ayam
Gula
Garam

Udang dibiarkan kulitnya dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam.
Panaskan kuali(jenis bergeluk) dan masukkan minyak dan margerin.  Bila cair dan mendidih masukkan kuning telur dengan menuangnya lebih tinggi(seperti orang buat teh tarik tuu)..
Kacau sehala dengan menggunakan belakang senduk bulat semasa kita menuang telur tadi.  
Kacau tanpa henti sehingga berjurai dan nampak masak dan sedikit garing...
Tapis dan toskan menggunakan penapis besi.
Lebihan minyak tadi masukkan semula dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama halia yang telah dimayang dan dihiris nipis.
Apabila telah kekuningan masukkan udang, daun kari, cili padi(potong kecil2), kiub ayam dan gula.
Kacau sehingga udang agak masak. dan ditoskan (dalam tapisan besi tadi)
Hidangkan dalam bekas dan masukkan  telur tadi di atasnya.

Wednesday, 10 July 2013

Kek Buah Kukus

 Sumber: Chahaya Shiela

340gm gula pasir(buat gula hangus hingga cair keperangan)
50gm air
225gm mentega
400gm buahan kering campuran(resepi asal 500gm)
350gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh krim of tartar
1 sudu teh kulit kayu manis(resepi asal 1 sudu teh serbuk buah pala..tak ada kat dapur yang adanya serbuk kulit kayu manis aje..)
1 sudu teh vanila
3 biji telur

Goreng gula hingga cair keperangan(api perlahan)
Masukkan air dan seterusnya mentega.  Biar mencair.
Masukkan buahan kering.  Kacau hingga mendidih.  Matikan api dan sejukkan
Ayak tepung gandum, soda, krim of tartar dan serbuk kulit kayu manis.
Masukkan ke dalam adunan tadi.  Kacau dengan senduk.
Pukul telur  sehingga kembang dan kemudian masukkan ke dalam adunan.  Masukkan juga vanila.  Kacau sehingga sebati.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan ke dalam loyang(9x9 inci) yang telah dialas kertas kek.
Kukus selama 3 atau 4 jam. dengan api sederhana.  Alas loyang dengan kertas aluminium bagi mengelak air menitik ke dalam kek.
Biarkan semalaman baru dipotong...

Monday, 8 July 2013

Puding Aiskrim

Oppppss abaikan lapisan merah di bawahnya..Ini gara-gara menuang lapisan merah sebelum lapisan kuning betul-betul beku..akibatnya ada yang turun sampai ke bawahnya.....Tapi tak apa yee ok bila tengok ada banyak berlapis...

Setengah tahil agar-agar
150gm gula pasir
Beberapa ketul gula batu(3 atau 4 ketul yang kecil)
750ml air
300ml santan
200ml susu cair
3 biji telur asingkan putih dan merahnya
Sedikit Pewarna Kuning
Pewarna merah

Masak agar-agar bersama air,gula pasir dan gula batu hingga agar-agar menjadi hancur dan mendidih.
Sediakan satu lagi periuk(jangan guna periuk yang kecil, begitu juga untuk periuk yang pertama tadi)
Bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian sama banyak.
Dalam periuk yang pertama tadi (ada separuh dari sukatan yang asal) campurkan dengan santan,kuning  telur(yang telah dipukul dengan garfu) dan susu cair dan pewarna kuning , masak ia hingga mendidih semula.
Masukkan dalam bekas untuk disejukkan(biar beku lapisan atasnya)

Apa bila lapisan atas kita dapati sudah beku..kita boleh mula memukul/memutar telur putih tadi dengan kelajuan tinggi supaya ia pekat atau tidak jatuh bila diterbalikkan dan pastikan semasa mengasingkan antara putih dan merah jangan sekali-kali kuning/merah telur masuk dalam putih telur.  Bila putih telur sudah pekat, kita mula memasak  agar-agar dalam periuk yang kedua tadi(masa ni agar-agar tersebut didapati sudah beku) biarkan ia mencair semula.Bila agar-agar tersebut sudah cair masukkan pewarna merah dan kita kecilkan api dan masukkan putih telur yang pekat tadi. Kacau perlahan-lahan dan pastikan jangan hancur biar nampak berketul-ketul atau berbuih campuran agar-agar dengfan putih telur tadi. Tutup api dan dengan menggunakan sudu atau senduk masukkan ia dalam bekas agar-agar kita yang sudah bewarna kuning tadi. Lakukan perlahan-lahan atau berhati-hati agar lapisan yang hampir beku tidak bercampur dengan agar-agar kita yang kedua ini...Simpan dalam peti sejuk atau tempat biasa sehingga beku.

Sunday, 7 July 2013

Biskut Dahlia

Sumber dari CMG ..Dapur Tanpa Sempadan..Tq

300gm mentega
160gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila 240gm tepung gandum
100gm tepung jagung
160gm tepungf kastad

Adun mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila.  Kacau sebati.
Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan.
Jadikan doh yang lembut.
Masukkan ke dalam bekas/penerap biskut dahlia/semperit dan teraplah mengikut kesenian masing-masing ke dalam loyang pembakar.
Letak ceri yang telah di potong kecil ditengahnya.
Bakar dengan suhu 180C selama 25 minit.
Bila keluarkan dari ketuhar biarkan 2 atau 3 minit sebelum diletakkan atas redai besi.
Simpan dalam bekas tertutup bila dah sejuk.

PS jangan putar mentega dengan gula serta telur sampai kembang...kalau kak sekadar kacau dengan senduk sahaja sehingga semuanya sebati..

Friday, 5 July 2013

Tart Telur

Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.(guna rak paling bawah)
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.

Inti Telur
3 biji telur
240 ml air
80gm gula
40ml susu cair
1 sudu teh esen vanila

Kacau rata semua bahan (telur dipukul dengan garfu) dalam periuk dan panaskan atas api hingga adunan menjadi pekat.

Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 15 minit dengan suhu 180C.

Untuk tutorial kulit tart sila

http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/kulit-tart-step-by-step.html

Thursday, 4 July 2013

Tart Nanas

Sumber CMG dari Dapur tanpa Sempadan

230gm mentega
400gm tepung gandum
40gm tepung kastad
50gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Kacau mentega dengan gula ising hingga sebati.  Masukkan kuning telur dan esen vanila.  Kacau lagi.
Ayak tepung gandum dan kastad dan masukkan ke dalam bahan tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam penerap tart gulung dan tekan memanjang.
Letakkan inti nanas(bulatkan dengan ukuran yang sesuai)
Gulungkan dan potong lebihannya.
Sapu bahagian atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur pewarna kuning.
Susun atas dulang yang telah di alas dengan kertas kertas kek.
Bakar dengan suhu 180C selama 25 - 30 minit.

Inti nanas(cara sendiri)
Sebiji nanas(kupas dan blender)
gula bergantung pada saiz nanas
Beberapa kuntum bunga cengkih
sedikit garam

Masak dan kacau sehingga kering dan berkilat.

Puding Roti

10gm serbuk agar-agar
500ml air
4 keping roti
2 biji telur 
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin(besar) susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla 
3 sudu besar gula
Pewarna

Masak agar dengan air hingga mendidih.
Blender roti bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, jus lemon dan esen vanila hingga hancur.
masukkan ke dalam periuk agar-agar tersebut.  Biar mendidih.
Angkat dan ambil/keluarkan 2 senduk dan setiap senduk masukkan 1 warna.(merah, dan hijau)
Tuang adunan plain ke dalam bekas dan masukkan adunan yang bewarna kedalam paping beg dan dipaip di atas permukaan plain secara berselang seli(merah dan hijau).
Bekukan dan sedia untuk dipotong.