translate

Sunday 7 July 2013

Biskut Dahlia

Sumber dari CMG ..Dapur Tanpa Sempadan..Tq

300gm mentega
160gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila 240gm tepung gandum
100gm tepung jagung
160gm tepungf kastad

Adun mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila.  Kacau sebati.
Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan.
Jadikan doh yang lembut.
Masukkan ke dalam bekas/penerap biskut dahlia/semperit dan teraplah mengikut kesenian masing-masing ke dalam loyang pembakar.
Letak ceri yang telah di potong kecil ditengahnya.
Bakar dengan suhu 180C selama 25 minit.
Bila keluarkan dari ketuhar biarkan 2 atau 3 minit sebelum diletakkan atas redai besi.
Simpan dalam bekas tertutup bila dah sejuk.

PS jangan putar mentega dengan gula serta telur sampai kembang...kalau kak sekadar kacau dengan senduk sahaja sehingga semuanya sebati..

6 comments:

  1. wah kak yah dah start buat biskut ke sedap tu boleh ikut resepi ni nanti time raya

    ReplyDelete
  2. resepi dari CMG memang terbaik..nampak keras tapi peroi didlm mulut..begitu juga dengan tart nanasnya..terbaik...sebelum ni juga cuba yang lain tapi kurang puas hati...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....K.yah cantik biskut akak...

    ReplyDelete
  4. tak adalah cantik..ketinggalan zaman bunganya..sekarang ni orang guna nozel..bunganya cantik yang kak guna acuan biasa...

    ReplyDelete
  5. Wow! manisnya si dahlia tu... sesuai sangat untuk hidangan hari raya nanti...

    ReplyDelete