translate

Friday 5 July 2013

Tart Telur

Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.(guna rak paling bawah)
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.

Inti Telur
3 biji telur
240 ml air
80gm gula
40ml susu cair
1 sudu teh esen vanila

Kacau rata semua bahan (telur dipukul dengan garfu) dalam periuk dan panaskan atas api hingga adunan menjadi pekat.

Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 15 minit dengan suhu 180C.

Untuk tutorial kulit tart sila

http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/kulit-tart-step-by-step.html

4 comments:

  1. sedapnya...penah buat sekali x menjadi...trus merajuk x wat dah..
    kulit tat je berlonggok2 kt umah sbb selalu wat cheese tat..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kyah...wah sedap nampak...nnti bolela saya cuba selalu beli jer kt kedai bakery tat ni...terima kasih diatas resepi....

    ReplyDelete
  3. mohon share ye resepi sedap ni

    ReplyDelete