2 bungkus agar-agar serbuk(20gm)
1400ml air
1 1/2 cawan gula
3 helai daun pandan
200ml santan kotak
2 biji telur(pukul dengan garfu)
Sedikit garam(1/2 sudu teh)
Pewarna (4 warna - merah, hijau, kuning dan puple)
Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan sehingga mendidih.
Bahagikan kepada dua bahagian(periuk)
Satu bahagian masukkan santan telur dan garam. Masak sehingga mendidih.
Kedua-dua periuk direndam dalam air panas(seelok-eloknya bekas merendam kita guna mangkuk besi)
Basahkan loyang/mangkuk.
Ambil 2 senduk dari bahagian yang kosong(masukkan pewarna merah), tuang ke dalam mangkuk tadi. Sejukkan dalam peti sejuk. Biarkan sedikit beku.
Ambil 2 senduk lagi dari bahagian bercampur santan(masukkan pewarna merah), tuang pada lapisan merah tadi. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya sedikit membeku.
Ulang proses mengguna santan yang tidak berwarna dan masukkan warna hijau dan diikuti yang bersantan dan masukkan warna yang sama(hijau)
Setiap lapis masukkan dahulu ke dalam peti sejuk untuk mempercepatkan ia sedikit membeku.
Lakukan sehingga habis
Warna puple berada pada kedudukan tengah(warna lain ada 2 pasang lapisan sedangkan puple hanya sepasang lapisannya)
Bila selesai sejukkan dalam peti untuk pembekuan keseluruhannya.
agak2 brp minit utk keraskan lapisan2 tu...
ReplyDelete3 atau 4 minit sahaja yang awalnya lepas tu ianya menjadi semakin cepat..
Delete