Bahan-bahannya
530gm tepung gandum
250ml air
3 sudu besar susu pekat
Sebiji telur
1 sudu kecil margerin
1/2 sudu teh garam
Bahan Sapuan dan rendaman
Minyak sapi
Minyak masak
Masukkan semua bahan dalam bekar pengadun dan uli sehingga menjadi adunan.
Kalau terkeras masukkan sedikit(sikit aje) atau kalau terlembik masukkan sedikit tepung gandum
Kakyah yang ini hanya masukkan ke dalam food processor
Bila sudah menjadi seketul adunan, keluarkan dan bulatkan menjadi ketulan yang kecil.
Sapu dengan minyak sapi dan rendam dengan minyak masak
Biarkan beberapa jam
Lakukan proses seperti gambar di bawah
Inti Sardin
Sardin(lenyekkan bersama sosnya)
Bawang besar(potong dadu)
Cili merah(potong nipis)
Telur
Sedikit garam
Semua bahan dicampur dengan telur kacau sehingga sebati.
Kakyah guna sebiji telur, seketul ikan dan sedikit sosnya dan bercampur semua sedikit yang lain untuk sebiji roti sardin.
Selepas kita menebar/menarik sehingga nipis(jangan terlalu nipis kalau bimbang susah untuk mengangkatnya nanti untuk mengalihnya ke kuali)
Masukkan inti di tengahnya dan lipat/ada setengah orang letak inti sardin semasa di dalam kuali..angkat yang nipis ni letak dalam kuali dan lipat..ikut kesenangan masing-masing.
Goreng guna minyak/margerin yang sedikit sehingga garing dan bahan di dalamnya masak
Silakan makan roti canai sardin hasil tangan kakyah ini...
Kuah Dal
3/4 cawan kacang dal
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu besar serbuk kari daging
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh biji sawi
Setangkai daun kari
2 keping asam gelugur
Tulang-tulang ayam
5 sudu besar sayur campur
2 cawan santan
3 sudu besar bawang goreng
Gula dan garam
rebus kacang dal dengan air biar sampai empuk.
Bawang merah, putih dan halia diblender dengan sedikit air.
Bila kacang sudah empuk(jangan kering airnya) masukkan bahan blender ke dalam rebusan kacang dal tersebut.
Masukkan juga santan , rempah kari, daun kari, rempah-rempah kasar tadi, biji sawi, tulang-tulang ayam, asam keping, sayur campur , gula dan garam. Bila ianya mendidih masukkan juga bawang goreng. Rasalah mengikut kesukaan masing-masing tapi lebih sedap kalau ada rasa manisnya dan kurang rasa masinnya.
Sambal Bilis
Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 keping Gula melaka
belacan
5 sudu besar cili giling
sedikit santan
gula dan garam
3 sudu besar air asam jawa
Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender dengan minyak masak, kemudian masukkan cili giling dan belacan. Kacau hingga naik wangi. Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. Masak sehingga mendidih dan berminyak.
No comments:
Post a Comment