translate

Wednesday, 22 June 2016

Ketupat Sotong

Bahannya
Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
1 1/2 cawan santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih

Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.  Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut bersama saki baki lebihan beras pulut ,daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Puding Kentang



Bahannya
10 gm agar-agar serbuk
5 biji ubi kentang(direbus dengan secubit garam sehingga empuk)
Setin susu cair
3 biji telur
2 sb tepung kastad
1 st esen vanilla
1 cawan gula(kakyah kurang manis)
800ml air

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
Blender ubi kentang, esen vanilla, telur, tepung kastad dan susu cair.
Masukkan dalam periuk tadi dan biar mendidih sekali lagi.
Tuangkan dalam loyang mengikut kreativiti masing-masing.
Sejukkan.

Boleh juga lihat dari saluran youtube kakyah




Saturday, 18 June 2016

Gulai Ikan Kering(campur nanas)

Ikan kering secukupnya(bersihkan)
5 ulas bawang merah(kisar)
1 ulas bawang putih(kisar)
1 inci lengkuas(kisar)
1/2 inci kunyit(kisar)
1/2 sudu besar cili kering/4 biji cili kering(kisar)
3 cawan santan
Nanas secukupnya
Cili merah
Gula dan garam(jika perlu)

Campurkan bahan kisar dan cili giling dalam santan.
Dalam periuk yang berasingan masukkan ikan kering, nanas dan cili merah.
Ambil sesenduk kuah dari santan yang bercampur tadi(kalau nampak terlalu sedikit campur sedikit air.
Masak ikan kering tersebut dalam api yang sederhana kecil sehingga kuah sedikit kering.
Sementara itu untuk kuah yang banyak tadi juga panaskan atas api.  Sentiasa mengacau supaya tidak berketul.
Bila ikan kering tadi masak, masukkan kesemuanya(jangan dicampur kuah dari ikan kering, nanti masin) ke dalam kuah yang banyak tadi.
Biar sampai mendidih dan rasalah masin dan manisnya.
Tips..jikalau tiada nanas boleh juga dicampur dengan timun atau cili hijau.
Bila menggunakan timun hendaklan dimasukkan juga asam keping.

Friday, 17 June 2016

Ikan Masak Tauchu

Bahannya
3 ekor ikan(potong 2) - Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan beberapa titis cuka makan.
4 biji bawang merah(mayang)
2 biji bawang putih(mayang)
Sedikit halia(potong memanjang)
4 biji cili padi(belah 2)
1 biji cili merah(potong kecil)
2 sudu besar tauchu
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar air asam jawa
2 batang kacang panjang(potong menyerong)
Beberapa potongan timun.
Selabu bawang besar(potong bulat)
Tomato(belah 4)
Air secukupnya
Gula dan garam

Ikan yang telah diperap seketika digoreng dalam minyak sehingga masak.(ketepikan)
Tumis dengan sedikit minyak, bawang merah, putih dan halia hingga berbau wangi.
Masukkan cili padi.  Kacau seketika.
Masukkan tauchu, kicap manis dan cair.
Masukkan air dan biar sedikit mendidih.
Masukkan timun dan kacang panjang.
Masukkan ikan, bawang besar dan cili merah.
Masukkan buah tomato.
Rasalah masin dan manisnya.
Biar sedikit kering airnya dan bolehlah diangkat.

Thursday, 16 June 2016

Ayam Lada Kering

Bahannya
5 ketul bahagian ayam(bersihkan dan tos)
3 sudu besar sos tiram
Lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
Lumurkan semua bahan kepada ayam dan perap seketika.
Goreng sehingga masak.(ketepikan)

Sos
6 biji cili kering(potong 2)
6 ulas bawang putih(ketuk)
Sedikit halia(ketuk hancur)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap cair
1/2 kiub pati ayam
1 labu bawang besar(potong bulat)
Cili merah/benggala(pilihan)
Air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan cili kering dan goreng hingga sedikit garing.
Masukkan sos cili, kicap dan air secukupnya.
Masukkan pati ayam dan sedikit gula.
Masukkan ayam dan biar mereneh seketika.
Masukkan bawang besar dan cili merah.
Bila sedikit layu bolehlah diangkat.


Tuesday, 14 June 2016

Kebab Ayam

2 keping dada ayam(isi sahaja dikisar)
1labu bawang besar(potong dadu kecil)
1 biji cili merah(dadukan)
1 biji tomato(dadukan)
Beberapa tangkai daun sup(potong halus)
1/2 sudu teh oregano(pilihan)
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji telur
4 sudu besar serbuk roti/biskut tawar yang diblend pun boleh juga.
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Lada sulah
Sedikit gula dan garam

Gaul kesemua bahan dan dibentuk bulat memanjang(kakyah gula lidi buluh sebagai batangnya)
Bakar dalam ketuhar selama 50 minit dengan suhu 180-200C.
Sesuai dimakan dengan nasi arab.

Monday, 13 June 2016

Puding Roti Bersos Kastad

10 keping roti dicarik-carik
4 biji telur
500ml susu segar
4 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis
1/2 cawan coklat chip

Sapu loyang/mangkuk dengan margerin.
Susun roti di dalam loyang/mangkuk.  Tabur kismis dan coklat chip.
Susun lagi roti dan lakukan proses yang sama sebanyak 3 lapis.
Susu segar, gula, vanila dan telur kacau dalam satu bekas.
Tuang ke dalam loyang roti...Tekan sedikit roti supaya ditutupi oleh bahan yang dituang tadi.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40-45 minit dengan suhu 180C.
Keluarkan dan sejukkan.

Sos Kastad
3 sudu besar tepung kastad(kakyah guna bird)
1 cawan susu segar
1 cawan air
1/2 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
4 sudu besar gula(bergantung)

Kacau kesemuanya atas api yang sederhana kecil sehingga mendidih.
Keluarkan dan sejukkan.
Dihidangkan bersama puding roti.

Friday, 10 June 2016

Mee Segera Berkuah

Bahan-bahannya
3 keping mee segera(direndam sehingga lembut)
7 ulas bawang putih(diketuk)
3 biji cili padi(potong kecil)
Ayam(ketulan kecil)
Udang segar(dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
Sotong(dipotong bulat)
Sebiji telur
2 batang sawi(potong)
Tomato(dibelah 4)
1 sudu besar udang kering(tumbuk)
1 sudu besar cili giling
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap cair
sebiji cili merah(hiris nipis)
2 tangkai daun sup
Lada sulah
Bawang goreng
Limau nipis
Air secukupnya
Gula dan garam secukupnya

Caranya
Toskan mee segera
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi.
Masukkan cili giling, kacau seketika..  Masukkan sos tomato, tiram dan kicap.
Masukkan udang, sotong dan ayam.  Kacau seketika.
Masukkan air.  Biar sampai mendidih.  Pecahkan telur sebiji.
Masukkan sayur yang telah dipotong, cili merah dan tomato
Masukkan mee dan masukkan juga gula dan garam(jika perlu)
Sebelum diangkat masukkan juga daun sup, lada sulah dan bawang goreng.

Thursday, 9 June 2016

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1/4st garam
1/2 sb susu tepung
1/2 st vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum(ayak)
1sb serbuk koko(ayak)
1/2 st cuka
1/2 st soda bicarbonat
1/2 cawan biji bunga matahari/walnut cincang
1 cawan coklat chip(kakyah guna coklat rice aje)

Satukan bahan A dan sebatikan dengan whisk.
Campur bahan ayak dengan susu tepung dan soda bicarbonat.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis ke dalam adunan bahan A tadi.
Kacau dengan senduk sahaja.
Masukkan cuka.  Kacau.
masukkan coklat rice/chip dan biji bunga matahari..(adunan agak lembek sedikit)
Sudukan adunan ke dalam loyang(adunan akan mengembang jadi jarakkan sedikit setiapnya)
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 20 minit.

Wednesday, 8 June 2016

German Cookies

Sumber Resepi dari LinaKz Shaari
Bahannya
125gm mentega
40gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
125gm tepung kentang
80gm tepung gandum

Caranya
Ayak tepung gandum dan tepung kentang.
Pukul mentega, aising dan vanila menggunakan spatula(senduk kayu)
Masukkan tepung gandum dan kentang.  Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.(kalau terlalu lembut masukkan ke dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Bulatkan adunan kecil-kecil dan susun dalam loyang pembakar yang telah di alas dengan kertas pembakar.
Tekan adunan dengan garfu dan ditabur dengan hiasan yang sesuai.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170-180C selama 15 minit.

Monday, 6 June 2016

Tart Nanas

250gm mentega
400gm tepung gandum
40gm tepung kastad
50gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Kacau mentega dengan gula ising hingga sebati.  Masukkan kuning telur dan esen vanila.  Kacau lagi.
Ayak tepung gandum dan kastad dan masukkan ke dalam bahan tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam penerap tart gulung dan tekan memanjang.
Letakkan inti nanas(bulatkan dengan ukuran yang sesuai)
Gulungkan dan letak atas loyang yang telah disapu dengan mentega/margerin
Sapu bahagian atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur pewarna kuning.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 180C selama 25 - 30 minit.

Inti nanas
Sebiji nanas(kupas dan blender)
Gula bergantung pada saiz nanas
Beberapa kuntum bunga cengkih
sedikit garam

Masak dan kacau sehingga kering dan berkilat.

Biskut Coco Crunch

Sumber resepi..Blog CitaRasa Wan

Bahannya
250gm mentega
180gm gula perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4st baking powder
1/4st soda bicabornat
100gm coco crunch (yang telah dikisar hancur)
Coco crunch(untuk hiasan atasnya)
Untuk resepi kakyah ini bahan 50gm coklat chip kakyah tak masukkan.

Caranya
kacau mentega dengan gula perang sehingga sebati.
Masukkan telur.  Kacau seketika.
Ayak tepung gandum bersama tepung jagung baking powder dan soda bicarbonat..
Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan mentega tadi.  Uli sampai lembut.
Sapu loyang dengan sedikit mentega.
Bulatkan adunan sebesar guli dan tekan coco crunch di atasnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit atau biskut masak.

Untuk topping coklat di atasnya
Ketulan coklat putih(dicairkan dengan teknik double boil)
Paipkan atas biskut yang telah sejuk.

Saturday, 4 June 2016

Kerabu Mangga

Bahannya
2 biji mangga muda(kalau jenis pauh lemak tu sebiji pun dah cukup)
2 ekor ikan rebus(dibuang tulang2nya)
Seulas bawang merah besar(mayang dan diramas2)
Cili padi(potong bulat nipis)
Gula dan garam(jika perlu)

Mangga disagat memanjang.
Isi ikan dihancurkan dengan tangan sahaja.
Masukkan semua bahan dan pastikan semuakan mesra.
Tips..gula masukkan dahulu ke dalam mangga yang disagat sebelum lain2 bahan.

Thursday, 2 June 2016

Laksam

Bahan untuk laksam
2 cawan tepung beras(kakyah guna jenama Golden Coin)
3 1/2 cawan air (guna air suam2 kuku)..yang setengah cawan air tu jangan masukkan semua, try kukus sekeping dahulu kalau ok cukuplah 3 cawan air.....tepung beras berlainan jenis mempengaruhi juga sukatan air kita.

Bancuh kedua bahan menjadi adunan yang tidak berketul-ketul.
Kukus dalam pengukus selama 2 atau 3 minit.
Adunan laksam dikukus di atas tudung periuk yang telah disapu dengan sedikit minyak pada kukusan pertama laksam.

Kuah
1/2 kilo ikan selayang 
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia(masukkan sedikit aja sebab dalam kuahnya kita tak nak ada bau halia)
3 cawan santan.
3 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
Ikan yang telah direbus tadi dibuang tulangnya(tulang tu jangan dibuang sebab kita nak ambil air tulangnya)
Bawang merah, putih dan sedikit halia diblender.
Lada hitam diblender bersama bahan-bahan di atas atau boleh juga ditumbuk berasingan.
Isi ikan diblender dengan air, begitu juga tulang ikan tadi boleh diblender berasingan dan diambil airnya.
Campurkan bahan-bahan blender atau tumbuk tadi ke dalam santan dan dimasak.
Campurkan juga asam keping, gula dan garam.  Masak biar sampai mendidih tapi jangan sampai naik minyak.(Kalau nampak kuah pekat sangat bolehlah ditambah dengan air lagi). Kuah laksam mesti ada rasa lada hitam, sedikit manis.

Ulaman
Taugeh
Timun batang
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang


Cara mengukus dan menggulung laksam SINI

Wednesday, 1 June 2016

Ayam Lemon

Bahannya
Ketulan ayam yang dipotong sederhana kecil.
2 ulas bawang putih(tumbuk halus)
Sedikit halia(tumbuk halus)
Sedikit garam
Lada sulah
Putih telur(dari satu biji telur)
Tepung jagung

Bersihkan ayam dan toskan,
Semua bahan digaul semua(kecuali tepung jagung).
Bila semuanya mesra taburkan dengan tepung jagung dan pastikan ayam bersalut tepung.
Goreng api sederhana sehingga kekuningan.

Sos
Beberapa hirisan lemon
Air secukupnya
1/2 kiub pati ayam
Bancuhan tepung jagung
Pewarna kuning
Gula dan sedikit garam(jika perlu)
Cili padi(potong kecil)

Panaskan kuali.
Perah lemon dalam air (sisa hirisan masukkan bersama)
Masukkan juga kiub ayam dan cili padi.
Bila sudah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam jika perlu.
Pastikan sos rasa masam dan manis.
Hidang ayam tadi dengan dituang dengan sos lemon .