translate

Thursday 9 June 2016

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1/4st garam
1/2 sb susu tepung
1/2 st vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum(ayak)
1sb serbuk koko(ayak)
1/2 st cuka
1/2 st soda bicarbonat
1/2 cawan biji bunga matahari/walnut cincang
1 cawan coklat chip(kakyah guna coklat rice aje)

Satukan bahan A dan sebatikan dengan whisk.
Campur bahan ayak dengan susu tepung dan soda bicarbonat.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis ke dalam adunan bahan A tadi.
Kacau dengan senduk sahaja.
Masukkan cuka.  Kacau.
masukkan coklat rice/chip dan biji bunga matahari..(adunan agak lembek sedikit)
Sudukan adunan ke dalam loyang(adunan akan mengembang jadi jarakkan sedikit setiapnya)
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 20 minit.

3 comments:

  1. cuci mata tgk blog masak-masak ni best,..at least ada gak idea biskut raya nanti...

    ReplyDelete
  2. Itulah niat ikhlas kyah..nak tolong menolong dan kongsi mengongsi..insyaa allah...

    ReplyDelete
  3. Inilah salah satu biskut yang saya cari... pasti sedap ni. Bolehlah dicuba nanti.

    ReplyDelete