translate

Wednesday, 17 October 2012

Daging Black Pepper

Bahan-bahannya
1/3 kilo daging(dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
3 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka

Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika

Bahan tumis
Seinci halia(mayang halus)
Selabu bawang besar(potong bulat)
Sebiji biji lada benggala(potong)
Sedikit carrot(potong memanjang)
1 atau 2 sudu teh lada hitam(tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Minyak untuk masak daging

Panaskan minyak dan tumis halia dan masukkan daging.Kalau nampak kering berminyak kena tambah air.
Pastikan goreng sampai daging empuk.
Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
Masukkan lada benggala dan bawang besar.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.  Siap untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. sedapnya...makan dengan nasi panas tak payah lauk lain lg..

    ReplyDelete
  2. sedapnya.......padan dengan rupanye.

    ReplyDelete