translate

Tuesday 16 October 2012

Kek Keju Tenssey


Kek Sponge
250gm tepung vanilla Sponge Mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelete
¼ cawan air
2 sudu besar minyak masak
Caranya
Masukkan semua bahan kecuali minyak masak.  Putar sehingga kembang dan gebu putih.
Masukkan minyak dan kacau biar sebati dan rata.
Panaskan ketuhar.
Alaskan kertas kek pada loyang yang telah disapu margerin(gunakan loyang besar seinci daripada loyang  yang kedua nanti)  Bakar dengan suhu 180C selama 25 - 30 minit.(bakar guna api bawah 5 minit dahulu dan selepas itu guna api atas dan bawah)

Adunan keju
250gm krim keju
2 biji kuning telur
Setin susu cair
Setin buahan campuran
2 cawan air
7 - 10 sudu besar gula(ikut kesukaan)
4 sudu besar tepung jagung

Campurkan  krim keju bersama air sirap buahan dalam tin, air, telur(pukul dengan garfu dahulu), susu cair. gula dan tepung jagung.
Masak sehingga pekat(kacau guna pemukul telur tangan)

Kek sponge dibelah dua dan masukskan satu bahagian pada dasar loyang yang kurang seinci daripada loyang kita bakar kek tadi(kek kita menguncup sedikit bila sejuk)Masukkan adunan keju tadi pada atas kek tersebut. Taburkan dengan sedikit buahan campur tadi.   Ambil sebahagian kek yang satu lagi dan tutup lapisannya.  Tuang lebihan adunan keju tadi ke atasnya dan tabur lagi dengan lebihan buahan campuran tadi. Simpan seketika dalam peti sejuk.  Kek ini seeloknya dimakan dalam gelas puding atau piring.

2 comments:

  1. memang sedap ni... kalau saya gantikan dengan serbuk keju cheeze maz... mesti sedap juga kan... resepi dapur kak yah memg sedap.... jemput ya ke cheezemaz.blogspot.com

    ReplyDelete