translate

Thursday, 11 October 2012

Nasi Lemak

3 cawan beras
3 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 inci halia
Sehelai daun pandan
Gula dan garam

Masakkan santan bersama daun pandan, bawang dan halia yang telah dimayang dan dihiris, gula dan garam sehingga sekali mendidih(bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak..

Sambal Bilis
Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 keping Gula melaka
belacan
5 sudu besar cili giling
sedikit santan
gula dan garam
3 sudu besar air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender dengan minyak masak, kemudian masukkan cili giling dan belacan. Kacau hingga naik wangi. Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah ditutup apinya.

3 comments:

  1. adeeehhh Kak Yah.... nasi lomak pulak dah! Nak duduk lama-lama di sini, jamu mata sampai kenyang!

    ReplyDelete
  2. makan nasi lemak aje kita ari ni..tapi anak2 suka ...

    ReplyDelete
  3. assalam kak yah...

    lama betul sy tak masak nasi lemak kat rumah.. rindu pulak nak mkn nasi lemak.. bukan apa.. nak kurangkan penggunaan santan kat rumah.. hehe.. mmg jarang masak masakan bersantan dah skrg ni.. bila teringin sgt baru masak menu berasaskan santan..

    ReplyDelete