translate

Friday, 26 October 2012

Tart Keju..Prosesnya..

Ambil sedikit adunan keju dan campurkan dengan 1 sudu teh emulco strawberri, masukkan dalam paping beg dan gunting bahagian hujungnya dan lorekkan seperti gambar di atas(kalau nak cantik lagi haluskan muncungnya..tak la macam yang kak buatkan ini..huhuhuhu)

Ambil pengungkil gigi jenis yang tajam..tarik dari atas seperti di atas..cara buat lorekan tu bergantunglah pada kelembutan dan kesenian tangan masing-masing..yang kak ni janji siap ajeee...

Haaa inilah hasil kerastangan kak yang tak seberapa ini..kak buat kurang cantik tak apa janji dapat sebarkan ilmu yang tak seberapa ini.......

Inilah tart keju yang telah siap dibakar selama 15 - 20 minit dengan suhu sekitar 170 - 180C..bergantung pada ketuhar masing-masing..haaa yang nak mencuba..janji buat lagi cantik daripada yang kak buat ni..


Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar. 
Untuk tutorial klik ..http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/kulit-tart-step-by-step.html

inti 
250gm krim keju
50gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur

Pukul krim keju, mentega dan gula hingga kembang.  Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang dan berkrim.
Masukkan ke dalam paping beg dan simpan sedikit untuk dicampur dengan stawberri emulco 
Paipkan krim keju ke dalam kulit tart dan paipkan juga krim keju yang bewarna merah dan dengan menggunakan lidi pengungkil gigi corakkan ia.
Bakar semula selama 20 minit lagi dengan suhu seperti di atas.

5 comments:

  1. Cantik tu.Mesti sedap.Kita malas sungguh nak bat kelongsongnys yang kecik2 tu.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah lagi... cantiknya... comel2 pula... ni yg nak buat lagi sekali tart ni.. dulu buat tak comel yang kat sini... http://cheezemaz.blogspot.com/2012/10/strawberry-cheeze-maz-tart.html

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Kak.
    Thank's ilmu tu. Sikit2 pun ada org yg memerlukannya, mcm sue ni lah contohnya..Heee..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..cantik hasilnya

    ReplyDelete
  5. Assalam kak yah..time kasih berkongsi ilmu, mcm kite jgk contohnyer hihii.. zila66 :)

    ReplyDelete