translate

Friday, 16 November 2012

Bihun Goreng Cina

1/2 bungkus bihun(rendam biar lembut)
4 ulas bawang putih(tumbuk)
2 ulas bawang merah(tumbuk)
Sebiji cili merah(tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
Udang segar(kupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
Seekor sotong(potong memanjang)
Isi ayam(Potong kecil)
Sebiji telur
Sekeping tauhu(potong kecil)
Carrot(potong memanjang)
Sebiji buah tomato(belah 4)
Lada hitam
Lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
Daun sup(potong kecil)
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Udang, sotong dan perap dengan sedikit garam dan lada sulah
Tumis bahan tumbuk sampai wangi..  Pecahkan telur dan kacau biar telur berketul kasar.
Masukkan bahan perap dan sos tiram.
Masukkan air(kalau kak 2 cawan..bergantung pada jenis bihun dan masa kita rendam bihun)
Bila mendidih masukkan gula(2 sudu besar), garam, tauhu, dan bihun.
Kacau sehingga hampir masak dan kering airnya.  Masukkan bawang goreng, tomato, serbuk lada hitam  dan daun sup.
Kacau dan pastikan bihun kita masak.
Angkat dan boleh dihidangkan.




3 comments:

  1. Meriahnya bihun Kak Yah....

    ReplyDelete
  2. sedapnya bihun ni...kalau mangkuk tu dok depan adda mau tambah berkali2..hihihi

    ReplyDelete
  3. haa..kesukaan saya ni!tengok gambar pun dah terliur!

    ReplyDelete