4 biji timun(dibuang isinya/empulurnya dan potong kecil memanjang bahagian kulitnya
Sebatang carrot(potong halus memanjang)
2 ulas bawang merah(mayang)
Seulas bawang putih(mayang)
Sedikit halia(mayang)
1 sudu teh biji sawi
1/4 cawan cuka
7-10 sudu besar gula
Sedikit garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Pewarna kuning
Minyak untuk menumis
Bersihkan timun dan carrot(kalau mahu lebih rangup rendam sekejap dengan air yang telah dicampur kapur) Toskan dan biar sampai sedikit kering.(kalau kak toskan semalaman)
Panaskan minyak, kemudian masukkan biji sawi. Masukkan juga bawang merah, putih dan halia. Goreng sampai naik wangi. Masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan juga serbuk kunyit dan pewarna kuning. Masak sampai mendidih. Biarkan sampai betul-betul sejuk baharulah digaul bersama timun dan carrot tadi.
kalau kak air cuka yang dimasak tu pun kalau kita masak malam, esoknya baru kita gaulkan dengan timun dan carrot tadi.
No comments:
Post a Comment