translate

Thursday, 15 November 2012

Kek Sarang Semut


Bahan-bahannya
A
2 cawan gula
2 1/4 cawan air(air akan menjadi sedikit kurang bila kita tunggu proses mencair semula gula hangus tadi
2 sudu besar margerin

B
5 biji telur
1 sudu besar soda bikabonat
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat(tin tinggi)

Caranya
Goreng gula hingga hangus dan berair (pasang api besar pada mulanya untuk memastikan gula menjadi gelap dan perlahankan api untuk memastikan tidak hangit).  Kemudian masukkan air.    Kacau sehingga air dan gula tadi mencair dan masukkan margerin.  Tutup api.
Kacau telur dengan garfu kemudian masukkan susu pekat dan kacau ia biar sebati.
Tepung gandum  dan soda bikabonat diayak bersama.
Masukkan ke dalam adunan telur secara berselang seli dengan gula hangus tadi.  Kacau biar sebati.Tapis adunan tersebut.
Sapu loyang dengan margerin dan alas bawahnya dengan kertas kek.
Bakar selama sejam dengan suhu 170 C.  Guna rak dalam ketuhar bahagian bawah sekali.  Setengah jam pertama guna api bahagian bawah dan bakinya api atas dan bawah.

P/s..tak perlu tunggu gula hangus sejuk dan tidak perlu perap...

2 comments: