6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 cawan santan(1 cawan santan pekat dicampur 3 cawan air yang diblender dengan 3 atau 4 helai daun pandan-tapiskan)
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Pewarna hijau
Bijan
1. Kesemua bahan diblender sehingga sebati.
2.Panaskan oven dan biarkan seketika.
3. Masukkan 3 sudu besar minyak masak kedalam loyang bekas adunan dan diletakkan di atas api. Bila minyak panas masukkan adunan yang diblender tadi dan biarkan seketika( 3- 4 minit)
4. Kemudian angkat bekas adunan tadi dan masukkan ia ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan bakarlah selama 50 - 60 minit dengan suhu 180C. Sebelum dibakar taburlah bijan di atas adunan tadi.
No comments:
Post a Comment