translate

Saturday 17 November 2012

Kek Pisang


250gm mentega
6 biji pisang sederhana besar
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 biji telur
2 sudu teh vanila
1 1/2 cawan gula pasir
50gm kacang walnut
50gm kismis

Pukul mentega bersama gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.  Pukul lagi biar putih dan kembang.
Pisang dilenyek hingga hancur.  Tepung naik sendiri, tepung gandum dan baking powder diayak.
Masukkan pisang, esen vanila  dan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati(guna senduk aja)
Masukkan juga walnut dan kismis yang telah dicincang dan dipotong kecil.
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek dan bakar selama 1 jam dengan suhu 170 C atau sehingga masak.(untuk 15 minit pertama guna api bawah sahaja dan selebihnya guna api atas dan bawah)

1 comment: