translate

Tuesday, 6 November 2012

Nasi Mandy

3 cawan beras basmati
2 labu bawang besar(belah 4)
Setengah ekor ayam (potong kecil)
1 sudu teh jintan manis(tumbuk)
1 sudu teh lada hitam(tumbuk)
2 sudu teh ketumber(tumbuk)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah all spices
3 helai daun bay
4 cawan air
Pewarna kuning
Buah kismis
Minyak zaitun untuk menumis

Tumis bawang besar dengan minyak zaitun...Bila sedikit layu masukkan rempah yang telah ditumbuk tadi.
Masukkan juga serbuk kunyit, daun bay, rempah all spices dan ayam.
Masukkan air, gula dan garam.
Masak selama 45 minit atau ayam menjadi begitu lembut.
Bila masak padamkan api.
Beras dicuci dan ditoskan
Masukkan beras ke dalam periuk elektrik bersama air ayam tadi.  Susun ayam di atasnya.
Masak seperti biasa.
Apabila sudah masak keluarkan ayam dan titikkan sedikit pewarna kuning pada nasi tersebut.  Masukkan juga buah kismis..  Biarkan.  Jangan digaul lagi.(biarkan sekurangnya 20 minit)
Gaulkan dan boleh dihidangkan bersama ayam tadi dan lauk pauk yang sesuai.

Daging Beriani Masam Manis
300gm daging(dipotong kecil)
6 biji bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 batang carrot(potong memanjang)
4 biji buah tomato(potong dadu)
2 sudu besar rempah ayam/daging beriani
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar air asam jawa
2 helai daun bay
Gula dan garam dan air secukupnya.
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar , daun bay, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga..  Biar sampai  naik baunya.
Masukkan rempah beriani.  Kacau seketika dan masukkan juga sedikit air.
Masukkan daging, buah tomato, dan semua bahan di atas.  Masukkan air secukupnya.  Masak sehingga daging empuk.  Tambah air jika perlu.
Masak sehingga kuahnya hampir pekat.  Tambah rasa jika perlu.


Sup Ayam
Bahagian ayam seperti sayap, kaki,tengkuk dan apa2 aja...
3 ulas bawang putih
sedikit halia
kulit kayu manis
pelaga hindi
bunga lawang
lada hitam
garam dan perasa

Semua bahan ini direbus dengan air yang secukupnya  Masak sehingga sup betul-betul masak dan berminyak.  Tambah rasa jika perlu.

4 comments:

  1. Salam KakYah...sedapnya nasi ini saya pun suka dan tak jemu makan.

    ReplyDelete
  2. sya nak cuba untuk buek mkn berbuko poso petang nanti ,,,, harap harap sodap dan menyelerakan ,,,, tq for da resopi ...

    ReplyDelete
  3. nak copy share nanti mana tau nak try buat...nampak menarik pernah mkn sekali nasi mandy ni dgn kambing dgn ayam di terengganu dulu.. saya di kedah ni belum pernah try kat mana2 tp ada tu mesti ada cuma tak jumpa lagi sbb jarang jalan keluar mkn di luar

    ReplyDelete