translate

Wednesday 28 November 2012

Nasi Tomato

3 cawan beras
5 ulas bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
Seinci halia(kisar)
Secawan susu cair
2 1/2 cawan air
3 sudu besar tomato puree
1 sudu besar sos tomato
2 kuntum bunga lawang
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
Setin kecil kacang pes
Kismis
3 sudu besar vanaspati(kalau tiada diganti dengan 2 sudu besar minyak sapi dan 1 sudu besar margerin)
Gula dan garam

Panaskan vanaspati dan tumis bahan kisar, masukkan juga kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.  Bila naik wangi masukkan  tomato puree dan sos tomato.  Masukkan daun pandan.  Masukkan beras yang telah dibersihkan dan ditoskan.  Gaulkan seketika.  Angkat periuk dan masukkan ke dalam periuk elektrik.  Masukkan susu cair dan dan air.  Masukkan gula dan garam.  Kacau biar serata.  Masak nasi seperti biasa sehingga masak.  Masukkan kacang pes dan kismis.
Dihidangkan bersama ayam mandalay, kari daging dan acar timun.


Ayam Mandalay
10 ketul ayam yang telah dibersihkan
2 batang serai
Seinci halia
3 ulas bawang putih
sedikit kunyit
1 sudu teh cuka
Garam secukup rasa

Kecuaili ayam bahan lain ditumbuk hingga lumat dan diperap bersama ayam
Goreng sehingga masak

Bahan Tumis
2 batang serai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
Sedikit air asam jawa.
Hiasan
Tomato
Bawang besar
Lada merah

Serai, bawang, halia diblender dan ditumis hingga wangi, masukkan juga daun kari.
Bila nampak naik minyak, masukkan serbuk kari dan kacau seketika.
Selepas itu masukkan sos tiram dan kicap dan juga air asam jawa.
Masukkan juga sedikit air dan ayam yang telah digoreng tadi.
Masukkan gula (kalau dah ada rasa sedikit masin..tak perlu masukkan garam)
Bila hampir masak, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat, tomato dibelah 2 dan lada merah yang telah dipotong nipis.
Anggat dan hidangkan.



3 comments:

  1. salam,,, nampak sodap,, nanti potang nak suruh mem bosa masak kan untuk gua berbuko poso nanti potang,,,

    ReplyDelete
  2. salam kak..mcm mana nak kurangkan bau minyak sapi dlm nasik?sbb ada org buat xde bau lngsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dulu masa kak guna minyak sapi..kak campur jugak dengan margerin..misalnya 2 sudu minyak sapi letak 1 sudu atau 2 margerin..sekarang ni kak tak guna lagi minyak sapi kak guna vanespati..boleh beli kat tesco..macam margerin tapi untuk nasi

      Delete