translate

Saturday 23 February 2013

Hokkaido Cupcake

5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar(boleh ganti dengan sedikit garam halus)
80gm gula kastor

Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)

5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)

Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)

Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.

Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Campurkan dan ayak.  Dah siap tepung kek kita..tapi ini untuk secawan tepung kek..resepi di atas 60gm aje..jangan masukkan kesemuanya...

7 comments:

  1. Asslmkm kak. Lama dah nak bwt hokaido cupcake ni. Tp ntah bila la nak trynya. :)

    ReplyDelete
  2. boleh cuba dan tidaklah sukar sangat...

    ReplyDelete
  3. salam kenal kak yah..
    adui.. hokkaido cupcake ni mmg fav.. nyaman bila makan.. tp belum berkesempatan utk buat sendiri.. apapun,tq 4 the recipe ya ..

    ReplyDelete
  4. kenapa nak kene buat tepng sendiri...tepung kek biasa tak boleh ke?

    ReplyDelete
  5. oh ye...terlupa plak...terimakasih kerana sudi kongsi respi ini...masih belum berkesempatan nak bpergi belajar buat hokaido cupcake ni...bizi ngn anak2

    ReplyDelete
  6. Yg biasa jual kat kedai tpg naik sendiri untuk resepi ni kita guna tpg kek . Kalau dah ada tpg kek tak buat pun tak apa la...

    ReplyDelete