400gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising untuk salutan
1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan(sekejap sahaja dan bukannya uli betul-betul) dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan masukkan dalam bekas bertutup (kalau kak cuma tutup dengan plastik raping dan letakkan di atas permukaan atas oven kita yang sedang dipanaskan dengan suhu sekitar 160C selama 1/2 jam(kak alas dengan redai besi kek kita tu di atas permukaan oven tersebut)...Peringatan JANGAN letak dalam oven tapi di ATAS oven kita tu...
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit.
4. Selepas itu bentukkan seperti biasa(donatlaaa) dan dibiarkan selama 40 minit(pastikan alas dengan beking paper) dan akhirnya gorenglah dan angkat kemudian taburlah dengan gula aising atau gula kastor.
Assalamualaikum Kak..sedap plak tengok donut ni buat sarapan pagi....
ReplyDelete