translate
Friday, 22 February 2013
Chocolate Moist Cake
Sumber dari blog Wanmus.com
Bahan-bahannya
Kek
250gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung gandum(ayak)
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
Coklat rice
Didihkan air ke dalam pengukus dengan api yang kuat.
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati.
Campurkan koko dengan susu cair.
Masukkan tepung gandum dan adunan serbuk koko ke dalam adunan secara berselang seli. Putar dengan kelajuan sederhana.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek. Masukkan adunan ke dalam loyang(tutup dengan aluminium foil loyang tersebut dan untuk mengelakkan kek melekat pada permukaan atasnya sapu aluminium foil dengan sedikit margerin) dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Sejukkan kek.
Toping
2 sudu besar margerin
6 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar serbuk koko
Air panas secukupnya untuk melikatkan adunan
Tuang toping ke atas kek dan taburkan dengan coklat rice
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cawan tu nak guna cawan ape yer? Mcm mug tu boleh?
ReplyDeleteguna cawan kek..kat kedai kek ada jual..kalau mug tu yang jenis sederhana besar..dah lebih kurang..ok...
Delete