1 1/2 cawan tepung naik sendiri.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas)
Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung . Putar dengan kelajuan perlahan. Biar semuanya sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian, Satu biarkan plain(lebih banyak)dan satu lagi campurkan dengan bancuhan koko tadi(semangkuk sahaja). Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah.
Untuk membuat sendiri tepung naik sendiri sila rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/02/buat-sendiri-tepung-kek-dan-tepung-naik.html
Hamboiii sedap tul nampak kek nie :)
ReplyDeleteAssalamualaikum...Bila lama tak makan kek2 butter camni..tetiba ada paparan disini...sedap plak rasanyaaaa
ReplyDelete