translate

Tuesday, 19 February 2013

Puding Labu

Lapisan Bawah
Setengah bungkus agar-agar kering (25gm satu bungkus)
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
sebiji labu di rebus
1 sudu besar kastad
1 sudu teh garam
2 biji telur
1/2 tin susu cair

Caranya
Labu diblender bersama susu cair, telur, tepung kasrad dan sedikit garam hingga hancur.
Masak agar-agar bersama air  hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Apabila gula sudah hancur bolehlah dimasukkan bahan blender tadi.  Masak hingga mendidih dan bolehlah diangkat.
Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.

Lapisan Atas
Setengah bungkus agar-agar kering(lebihan yang separuh tadi)
3 mug air
1/2 tin susu cair
1/2 mug gula

Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Masukkan susu cair dan sedikit garam.
Biar sampai mendidih.
Bolehlah diangkat dari dapur.

Masukkan ke dalam lapisan puding labu tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.

6 comments:

  1. X penah mkn....msti rasa lemak manis ni ye kak...

    ReplyDelete
  2. Assalamalaikum..emmmm tergoda plak bila tengok kuih yang berkilat2 macam ni..sesuai utk penggemar labu ni...

    ReplyDelete
  3. puding labu memang rasanya amat sedap dan sungguh berlemak..nyaman aje bila sejuk-sejuk masuk anak tekak...

    ReplyDelete
  4. sedapnya.sbiji labu 2 besar mana kak.angaran berat.

    ReplyDelete