translate

Monday, 11 February 2013

Kue Teou Kungfu



Bahan-bahannya
Sebungkus kue teou(400gm)
4 biji telur
2 sudu besar kicap manis
Minyak untuk menggoreng

Basuh kuetiau dan toskan.
Gaulkan dengan kicap.
Pecahkan telur dan pukul dengan garfu.  Masukkan dan gaulkan dalam kuetiau tadi.
Masukkan sedikit minyak dan masukkan sedikit kuetiau tadi.  Goreng dan balikkan.  Biar kuetiau nampak masak dan sedikit garing.  Buatlah sekitar 5 atau 6 kali.

Kuahnya
5 ulas bawang putih(ketuk dan potong)
Udang segar
Isi ayam
Sotong
Cendawan hitam(kak beli yang kering..rendam dengan air panas sekejap dan potong nipis)
carrot
Bunga kobis
Bebola ikan
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
2 biji cili kering(potong kecil)
Lada benggala
Serbuk lada hitam
Gula dan sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
2 sudu besar tepung jagung campur sedikit air

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga sedikit wangi.  Masukkan cili kering.  Goreng biar nampak sedikit garing.  Masukkan isi ayam, udang dan sotong.  Kacau biar sedikit masak.  Masukkan sos tiram, kicap dan sos cili.  Masukkan air(pastikan cukup untuk jadikan kuah kuetiau).  Bila mendidih masukkan bebola ikan. cendawan hitam, carot, bunga kobis dan lada benggala.  Masukkan juga gula dan sedikit garam.  Masukkan juga serbuk lada hitam.
Bila kita lihat semuanya masak, masukkan bancuhan tepung jagung.  Kacau dan biar sedikit pekat barulah diangkat.
Cara menghidang..ambil seketul kuetiau dan curahkan kuahnya..


2 comments:

  1. Ni yang kita suka sangat ni Kak Yah... kaya raya dengan pelbagai aksesori!

    ReplyDelete
  2. kak yah...nie gerenti sedap nampak pun dah tau...alahai jika dapat sepinggan haha

    ReplyDelete