translate

Saturday, 2 June 2012

Donat Labu

450gm tepung gandum
300gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorternuing
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
100gm tepung roti
1/2 sudu teh garam
1 st beking powder
gula aising bercampur tepung jagung untuk salutan

1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup selama 1 jam.
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit.
4. Selepas itu bentukkan seperti biasa(donatlaaa) dan dibiarkan selama 40 minit(pastikan alas dengan beking paper) dan akhirnya gorenglah dan angkat kemudian taburlah dengan gula aising.

5. Paip inti kastad labu ke dalam donat tersebut.


Kastad Labu
Setengah biji labu saiz kecil..yang telah direbus
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 biji telur merah
Sedikit garam
Pewarna kuning

Kesemua bahan diblender dan dikacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih.

1 comment:

  1. Menyelerakanlah Kak Yah. Senang kalau ada BM. On aje.... dah pun jadi.

    ReplyDelete