Kek red Velvet
3 sudu besar susu tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk
330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh beking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah
1 sudu teh beking powder
1 sudu besar cuka
Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , beking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana. Tambahkan juga pewarna merah dan campuran beking powder dengan cuka ke dalam adunan. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak). Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble.. Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble (kalau kak ..buat bulatan kecil ditengah dan diikuti semakin membesar dan lakukan sehingga selesai dan dengan menggunakan lidi pengungkil gigi..buatlah lakaran tersebut)..Bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.
Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur
Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur. Putar lagi hingga betul-betul kembang.
P/s Kalau kita nak rendahkan sedikit kek velvet kita, buat separuh adunan sahaja untuk keknya..kak ni pun tak habis mennggunakannya kerana lebihannya kak buat red velvet cupcake.
assalamualaikum....kak yah...cam sedap je kek brownies ni...nnt nk cuba buat la...tq ..kongsi resepi dan idea
ReplyDeletesalam kenal, sedap kek ni kalau buat cup kek senang nak makan sebab dapat angkut je tak yah potong2 dah hee...
ReplyDeleteTrima kaseh cik yah, dapat mummy tambah ilmu bagaimana nak buat buttermilk, kalau tak mummy beli je, tu pon susah nak dapatkan stock, hanya di NTUC tertentu je ade this...(:D
ReplyDelete